Apakah kemampuan taufan Dorian?

Hilmi Malik
September 2, 2019 04:38 MYT
Taufan Dorian yang kini berada dalam kategori kelima telah pun membadai di Bahamas dengan catatan kelajuan angin mencecah 300km per jam. - Gambar AP
Taufan Dorian yang kini berada dalam kategori kelima telah pun membadai di Bahamas dengan catatan kelajuan angin mencecah 300km per jam.
Buat masa ini Perdana Menteri Bahamas, Hubert Minnis telah mengeluarkan amaran berpindah kepada semua penduduk dalam usaha untuk mencari penempatan yang lebih selamat sebagai persediaan sekiranya berdepan gelombang seterusnya.
Gabenor Carolina Selatan juga telah mengambil langkah selamat dengan mengarahkan sekolah serta pejabat kerajaan ditutup buat sementara.
Untuk pengetahuan anda, taufan Dorian ini terdiri dalam pelbagai kategori dengan kemampuan yang berlainan:-
KATEGORI PERTAMA:
• Kelajuan angin mencecah 120km hingga 152km per jam
• Kerosakan biasa sebagai contoh ( kerosakan bumbung rumah )
• Tidak membahayakan manusia
KATEGORI KEDUA:
• Kelajuan angin mencecah 154km hingga 177km per jam
• Mengundang risiko kepada manusia ekoran objek terbang yang dibawa angin
• Gangguan bekalan elektrik
KATEGORI KETIGA:
• Kelajuan angin mencecah 178km hingga 209km per jam
• Menjejaskan kediaman dan kenderaan serta banjir berpanjangan
• Perlu pemindahan penduduk serta gangguan bekalan elektrik beberapa minggu
KATEGORI KEEMPAT:
• Kelajuan angin mampu mencecah 210km hingga 249km per jam
• Mampu memusnahkan perumahan dan bangunan besar seperti pusat beli-belah
• Boleh membawa risiko kematian kepada manusia di beberapa kawasan aktif
KATEGORI KELIMA:
• Kelajuan mencecah 300km dan ke atas
• Berlaku kemusnahan penuh pada bangunan
• Pokok yang berakar tunjang juga mampu tercabut serta banjir buruk
BACA: Taufan Dorian landa Bahamas, penduduk Florida dan Carolina bersiap sedia
#Bahamas #Carolina Selatan #Taufan Dorian