DUNIA
APEC 2025: Anwar tiba di Korea Selatan, mulakan lawatan kerja 3 hari
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Udara Gimhae di Busan pada 7.41 malam waktu tempatan sebelum beliau meneruskan perjalanan ke sini. - Gambar/ PMO
GYEONGJU, Korea Selatan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Korea Selatan malam ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Udara Gimhae di Busan pada 7.41 malam waktu tempatan sebelum beliau meneruskan perjalanan ke sini.
Ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Persediaan APEC 2025, Lim Kimo, Timbalan Gabenor Bandaraya Gyeongju, Hojun Song serta Komander Sayap Udara Ke-5, Brigedier Jeneral Kang Geun-shin.
Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 diadakan di bandar pesisir pantai Gyeongju di tenggara Korea Selatan. Ini merupakan kali kedua Korea Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat APEC selepas kali pertama pada tahun 2005.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, yang sudahpun berada di Gyeongju mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat Menteri.
Tema APEC 2025 ialah “Membina Esok yang Mampan” dengan Korea Selatan memberi tumpuan kepada kemajuan perdagangan serantau, kecerdasan buatan (AI) dan kemampanan, termasuk mesyuarat peringkat menteri yang akan membincangkan topik seperti kesihatan, ekonomi digital serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah APEC adalah pada 2020 yang julung kalinya diadakan dalam format maya susulan penularan pandemik COVID-19.