DUNIA
APEC 2025: Korea Selatan hampar ‘soft power’, G-Dragon pukau pemimpin dunia
Majlis selama lebih 2 jam itu memukau pemimpin dunia yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC. - Foto APEC Korea 2025
GYEONGJU: Bintang K-pop terkemuka, G-Dragon bersama penari tersohor dan pemain biola cilik berusia 11 tahun, Kim Yeon-ah, mencuri tumpuan dalam satu persembahan kebudayaan istimewa sempena Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2025 pada Jumaat.
Ringkasan AI
Bertempat di bandar bersejarah Gyeongju, persembahan bertemakan 'Journey of Butterfly: Together, We Fly' itu mengetengahkan warisan budaya Korea dalam latar malam yang memukau, sambil menyampaikan naratif tentang masa depan mampan di tengah ketidaktentuan global.
Majlis makan malam rasmi itu dihoskan oleh Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung selaku Pengerusi APEC 2025 bersama Wanita Pertama, Kim Hea Kyung.
Pelakon dan idola K-pop popular, Cha Eun-woo membuka pentas sebagai pengacara malam tersebut, menambah seri kepada malam penuh simbolik itu, sekali gus memperkukuh daya tarikan budaya Korea kepada khalayak antarabangsa.
Persembahan dibahagikan kepada tiga babak utama: 'The First Flutter' yang mengangkat sejarah silam Korea, 'Beyond the Wind' yang mencerminkan masa kini, dan 'Tiny Wings, Big Change' yang membayangkan masa depan berteraskan teknologi dan kreativiti.
Babak pertama dibuka dengan alunan seruling tradisional manpasikjeok dari era Kerajaan Silla, simbol perpaduan dan keamanan.
Pemuzik Kim Ki-yeop memukau hadirin dengan persembahan daegeum, seruling buluh besar yang menjadi nadi muzik tradisional Korea.
Seni tari kontemporari oleh Kumpulan Tarian Kebangsaan Korea menyusul, memperlihatkan bagaimana elemen seni tradisional Korea boleh diolah semula untuk penonton moden tanpa menghilangkan nilai asalnya.
Babak kedua menyaksikan kemunculan G-Dragon, duta kehormat APEC 2025, yang tampil mempersona dalam persembahan bertemakan ketahanan dan kemajuan Korea.
Walaupun agensinya Galaxy Corp pada awalnya enggan mendedahkan senarai lagu atas sebab kerahsiaan, persembahan beliau jelas mencerminkan pengaruh global budaya Korea masa kini.
Turut menyertai G-Dragon ialah dua ikon tari Korea - Honey J, ketua kumpulan HolyBang yang dikenali menerusi rancangan Street Woman Fighter dan Lee Jung, koreografer terkenal dari siri Netflix KPop Demon Hunters.
Babak terakhir memperlihatkan gabungan teknologi dan seni dalam bentuk yang unik.
Robot berkaki empat, Spot, bergandingan dengan Kim Yeon-ah dalam persembahan yang melambangkan harapan dan keharmonian antara manusia dan teknologi.
Majlis diakhiri dengan persembahan oleh APEC Project Choir yang terdiri daripada 24 kanak-kanak dari pelbagai negara.
Lagu Fly as One yang dinyanyikan mereka membawa mesej perpaduan sejagat, selari dengan semangat kerjasama dan kemakmuran bersama yang menjadi teras APEC.
Majlis selama lebih 2 jam itu bukan sahaja menjadi simbol aspirasi masa depan, tetapi turut memperkukuh kedudukan Korea Selatan sebagai kuasa budaya global, satu manifestasi jelas kepada kekuatan soft power negara itu dalam diplomasi antarabangsa.
Ringkasan AI
- G-Dragon, Kim Yeon-ah dan penari tersohor Korea mencuri tumpuan dalam persembahan kebudayaan istimewa sempena Majlis Makan Malam Gala APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan.
- Persembahan bertemakan "Journey of Butterfly: Together, We Fly" dibahagikan kepada tiga babak mengangkat sejarah, masa kini dan masa depan Koreadengan gabungan muzik tradisional, tarian kontemporari dan teknologi.
- Majlis selama dua jam itu memperkukuh imej Korea Selatan sebagai kuasa budaya global, menampilkan mesej perpaduan dan masa depan mampan di tengah ketidaktentuan global.