WASHINGTON: Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (App Store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk mengesahkan pada Isnin, lapor Sputnik.
"Ya", Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan pada platform media sosial itu. "Apple juga mengancam untuk menyekat Twitter daripada App Storenya, namun sebabnya tidak dimaklumkan kepada kami."
Terdahulu pada Isnin, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya.
Tinjauan itu akan ditutup pada petang Selasa, dengan setakat ini sejumlah besar pengguna Twitter menyokong Apple kerana ia lebih telus mengenai sebarang tindakan penapisan yang mungkin telah diambilnya.
Minggu lepas, Musk berkata beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika rangkaian sosial itu dikeluarkan daripada Apple dan Google app stores.
Musk melakukan tinjauan itu selepas firma bernama LBRY, yang mengendalikan perkongsian fail dan pembayaran untuk rangkaian sosial, menyiarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa Apple menetapkan supaya aplikasinya menapis beberapa istilah carian daripada dipaparkan dan jika tidak aplikasi Twitter tidak akan dibenarkan dalam Apple app store.
Pada 28 Okt, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter membabitkan bayaran berjumlah AS$44 bilion. Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk pemberhentian eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, serta kira-kira dua pertiga daripada pekerja Twitter.
Ketiadaan eksekutif App Store utama Apple, Phil Schiller daripada Twitter mencetuskan spekulasi bahawa gergasi teknologi itu semakin bimbang tentang pengendalian platform media sosial oleh Musk, termasuk mengembalikan semula akaun yang disekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Terdahulu Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya. - Fail/REUTERS

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Twitter kehilangan 80 peratus tenaga kerja
Bilangan pekerja Twitter telah berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk mengambil alih paltform media sosial itu.

Ratusan barangan pejabat Twitter dilelong kepada orang ramai
Ratusan barangan di ibu pejabat Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat dilaporkan dilelong, baru-baru ini.

Elon Musk catat kerugian RM719.4 bilion
Elon Musk menjadi manusia pertama dalam sejarah kerugian AS$165 bilion (RM719.4 bilion) daripada nilai kekayaan.

Bos Louis Vuitton individu paling kaya di dunia
Nilai kekayaan Bernard Arnault yang berusia 73 tahun ialah AS$170.6 billion (RM751 bilion).

Tuan tanah saman Twitter kerana tidak bayar sewa ibu pejabatnya
Syarikat itu berhutang AS$136,260 (lebih RM600,000) kerana sewa yang tidak dibayar, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan pada Khamis oleh Columbia Property Trust.

Twitter tidak akan muflis, kata Elon Musk
Musk berkata masih banyak yang perlu dilakukan tetapi secara keseluruhan segalanya dalam keadaan baik.

Pemandu Tesla dakwa ciri gagal berfungsi punca nahas lapan kenderaan
Pemandu kenderaan Tesla Model S 2021 yang terlibat dalam nahas lapan kenderaan di Jambatan Teluk San Francisco memaklumkan kenderaan yang sepatutnya bergerak dalam mod FSD dilaporkan gagal berfungsi.

Hanya pelanggan Twitter Blue boleh undi tinjauan pendapat
Awal Disember lalu, Twitter melancarkan semula langganan bulanan Twitter Blue kepada semua pengguna akaun platform media itu.

Elon Musk umum akan letak jawatan CEO Twitter jika...
Jelasnya, susulan itu beliau hanya akan "menguruskan pasukan perisian dan pangkalan".

Musk lancar tinjauan pendapat di Twitter, peletakan jawatannya sebagai CEO
Setakat 00:00 GMT pada Isnin, lebih 57 peratus daripada lebih 2.5 juta responden menyokong peletakan jawatan Musk.