[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Arab Saudi bakal tarik balik beberapa lagi peraturan COVID-19

Bernama 06/03/2022 | 02:50 MYT
Awal pagi sebelum subuh 6 Mac, tanda penjarakan sosial ditanggalkan di Masjidil Haram. - Foto Twitter Haramain
RIYADH: Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan bakal menarik balik beberapa lagi peraturan berkaitan COVID-19, susulan keadaan pandemik yang bertambah baik di negara itu.
Kementerian Dalam Negeri memutuskan bahawa penjarakan sosial akan ditarik balik tetapi rakyat masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup, lapor agensi berita Xinhua memetik SPA.
Selain itu, pengunjung yang masuk ke negara itu tidak perlu lagi menyediakan PCR atau ujian antigen pantas dan menjalani kuarantin wajib COVID-19 semasa ketibaan, tambah kementerian itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#penjarakan sosial #pelitup muka #Arab Saudi #tarik balik peraturan COVID-19