[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Arab Saudi benar wanita memandu

Astro Awani 27/09/2017 | 02:55 MYT
Kerajaan Arab Saudi pada Selasa mengeluarkan kenyataan membenarkan kaum wanita memandu kenderaan di negara itu. -Reuters
Kerajaan Arab Saudi pada Selasa mengeluarkan kenyataan membenarkan kaum wanita memandu kenderaan di negara itu.
Khabar itu disiarkan menerusi akhbar dan saluran televisyen Arab Saudi.
Sebelum ini, Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan golongan wanita memandu.
Arab Saudi sebelum ini juga dikritik kerana pelaksanaan undang-undang tersebut.
Sejak 1990-an, kumpulan aktivis wanita pernah menuntut hak sama rata dengan membenarkan mereka memandu.
#Arab Saudi #kaum wanita memandu #larangan memandu