[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak

Agensi 12/01/2018 | 21:44 MYT
Wanita Arab Saudi kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium dan menyokong pasukan mereka bersama keluarga - EPA-EFE
Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.
Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.
Biarpun tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.
Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.
Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.
Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.
Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.
Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu.
Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.
#Arab Saudi #bola sepak #Islam #keluarga #kereta #undang-undang #wanita