Skip to main content

Dunia

Arab Saudi dakwa pihaknya pintas empat dron

Jurucakap gabungan itu Brigedier Jeneral Turki al-Maliki berkata menerusi platform media sosial Amerika Syarikat, X, operasi pemintasan dan pemusnahan tersebut dijalankan di wilayah Madinah dan Wilayah Timur. - Gambar fail/Reuters

Advertisement

WASHINGTON: Gabungan pimpinan Arab Saudi menyatakan pada awal Rabu, ia telah memintas dan memusnahkan empat dron yang dilancarkan ke arah Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap gabungan itu Brigedier Jeneral Turki al-Maliki berkata menerusi platform media sosial Amerika Syarikat, X, operasi pemintasan dan pemusnahan tersebut dijalankan di wilayah Madinah dan Wilayah Timur.

Dalam satu kenyataan berasingan, al-Maliki berkata pasukan gabungan telah memintas dan memusnahkan sebuah dron yang menuju ke arah wilayah timur.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement