Skip to main content

Dunia

Arab Saudi dan Perancis sokong Palestin merdeka, desak pengunduran Israel dari Lubnan

French President Emmanuel Macron shakes hands with Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman as he arrives for a meeting at the Elysee Palace in Paris, France, August 24, 2026. REUTERS/Stephanie Lecocq
Kedua-dua pemimpin turut menolak sebarang usaha yang menjejaskan hak rakyat Palestin serta menggesa penamatan dasar penempatan haram Israel dan keganasan oleh peneroka Israel yang menurut mereka mengancam penyelesaian dua negara. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

PARIS: Arab Saudi dan Perancis menegaskan sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 1967.

Pendirian itu dinyatakan menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengadakan pertemuan di Istana Élysée pada Isnin.

Kedua-dua pemimpin turut menolak sebarang usaha yang menjejaskan hak rakyat Palestin serta menggesa penamatan dasar penempatan haram Israel dan keganasan oleh peneroka Israel yang menurut mereka mengancam penyelesaian dua negara.

Mereka juga menekankan kepentingan mewujudkan keadaan yang membolehkan gencatan senjata berkekalan di Gaza, selain memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan segera, selamat dan tanpa halangan.

Arab Saudi dan Perancis turut mengalu-alukan pengumuman perjanjian pelucutan senjata Hamas serta menyokong pelaksanaannya.

Kedua-dua negara juga menyatakan sokongan terhadap reformasi institusi Palestin termasuk cadangan mengadakan pilihan raya presiden dan perundangan.

Mengenai situasi di Lubnan, kedua-dua negara bersetuju memperhebat usaha ke arah penyelesaian berkekalan bagi memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

Mereka turut menggesa pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di luar kawalan kerajaan serta pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Lubnan.

Must Watch Video

Advertisement