awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit

Bernama
Bernama
19/04/2025
09:54 MYT
Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit. - Unsplash
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa individu yang berhasrat menunaikan haji pada tahun ini (1446 Hijrah) perlu memperoleh permit haji melalui platform Nusuk, yang disepadukan dengan "Platform Permit" bersepadu untuk pengeluaran permit rasmi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kementerian itu turut menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit, dan pematuhan sepenuhnya terhadap semua peraturan serta arahan adalah penting bagi menjamin keselamatan jemaah serta kelancaran ibadah haji.
Dalam kenyataan sama, kementerian turut memberi amaran terhadap kegiatan penipuan serta promosi kempen palsu berkaitan haji yang disebarkan melalui iklan mengelirukan di media sosial.
Iklan sedemikian didapati menawarkan penginapan dan pengangkutan palsu untuk jemaah di tempat-tempat suci.
Sehubungan itu, orang ramai digesa melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh negara.
Iklan mengelirukan juga perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan di semua negara.
Kementerian turut mengumumkan bahawa tarikh akhir keluar bagi pemegang visa umrah ialah pada Selasa, 1 Zulqaedah 1446 Hijrah bersamaan 29 April 2025, sebagai persediaan menghadapi musim haji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#amaran
#Haji
#permit
#undang-undang
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan