awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi kecam, kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden

Agensi
Agensi
29/06/2023
02:59 MYT
Arab Saudi kecam, kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden
Kementerian Luar Arab Saudi mengecam dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan seorang ekstremis membakar naskhah kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden pada Rabu. - Gambar REUTERS
Kementerian Luar Arab Saudi mengecam dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan seorang ekstremis membakar naskhah kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden pada Rabu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
"Tindakan kebencian dan berulang kali ini tidak dapat diterima dengan sebarang justifikasi dan ia jelas merangsang kebencian, perkauman serta bertentangan secara langsung dengan usaha antarabangsa yang bertujuan menyebarkan nilai-nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan terhadap ekstremisme serta merosakkan saling hormat-menghormati yang dituntut dalam hubungan rakyat dengan rakyat serta di peringkat negara," kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan, lapor portal berita Arab News.
Pada Rabu, seorang lelaki Salwan Momika, ditahan oleh polis Sweden kerana didakwa melakukan "memprovokasi kumpulan etnik" selepas menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.
Momika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.
Momika turut menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.
Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.
"Ini adalah demokrasi. Ia dalam bahaya jika mereka memberitahu kita kita tidak boleh melakukan ini," dakwa Momika.
Mengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah “mengikut undang-undang tetapi tidak sesuai" dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.
Pihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan "gangguan kepada ketertiban" tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid.
Momika juga sedang disiasat kerana melanggar larangan sementara untuk membakar bahan api.
Arab Saudi merupakan negara kedua selepas Turki yang turut mengutuk tindakan dilakukan Momika yang disifatkan sebagai perbuatan keji.
"Ia tidak dapat diterima membenarkan tindakan anti-Islam ini di bawah alasan kebebasan bersuara," kata Menteri Luar Turki, Hakan Fidan. - Agensi
Topic Berkaitan
#bakar al-Quran
#Arab Saudi kutuk
#Salwan Momika
#Perdana Menteri Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan