DUNIA
Arab Saudi kecam rancangan Israel kuasai Gaza
Kerajaan Arab Saudi mengecam keras keputusan pihak berkuasa pendudukan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza. - Foto fail/AP
RIYADH: Arab Saudi pada Jumaat mengecam keras pengumuman Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kesinambungan “tindakan barbarik dan pembersihan etnik” terhadap rakyat Palestin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi, Riyadh menegaskan pendirian menentang apa yang digelar sebagai tindakan pemindahan paksa secara sistematik, dasar tidak berperikemanusiaan dan jenayah perang oleh rejim pendudukan Israel.
Kerajaan itu memberi amaran langkah sedemikian hanya akan memburukkan ketidakstabilan serantau dan melemahkan kerangka keamanan global.
Terdahulu, Israel meluluskan rancangan untuk mengambil alih Bandaraya Gaza, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan dalam ofensif ketenteraannya yang memasuki bulan ke-22 sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
“Kerajaan Arab Saudi mengecam keras keputusan pihak berkuasa pendudukan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza, serta mengutuk berterusan pelaksanaan pemindahan paksa dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.
Riyadh menegaskan, tindakan Israel jelas mengetepikan sejarah dan norma antarabangsa, sambil menekankan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak sah terhadap tanah mereka - hak yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dan konvensyen kemanusiaan.
Kerajaan itu turut menyuarakan rasa kecewa terhadap kegagalan masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mengambil tindakan tegas.
“Kegagalan berterusan masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB akan menghakis legitimasi sistem antarabangsa dan memberi keberanian kepada penjenayah perang,” kata kenyataan itu, sambil menambah kegagalan ini menyumbang kepada “pembunuhan beramai-ramai dan pemindahan paksa yang berlaku secara terang-terangan.”
Sejak operasi ketenteraan dilancarkan, puluhan ribu rakyat Palestin telah terbunuh, sebahagian besar wilayah Gaza musnah, dan kira-kira dua juta penduduknya kini berdepan ancaman kebuluran.
Arab Saudi menegaskan keperluan tindakan segera dan bersepadu di peringkat global, menggesa negara-negara mengenakan sekatan terhadap pihak berkuasa Israel serta memulihkan keadilan dan keamanan buat rakyat Palestin.
Kerajaan itu turut mengulangi pendirian bahawa keamanan tidak akan tercapai tanpa penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, menyeru usaha diperbaharui bagi melaksanakan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin merdeka.
“Arab Saudi menegaskan kepentingan mobilisasi usaha antarabangsa untuk merealisasikan penyelesaian dua negara, yang membawa kepada penubuhan negara Palestin merdeka di sepanjang sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan Kementerian Luar itu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini