DUNIA
Arab Saudi kecam serangan ‘kejam’ Israel terhadap Qatar – Putera Mahkota
Putera Mahkota Mohammed berkata, Arab Saudi akan berdiri teguh bersama Qatar tanpa sebarang batasan dan akan menggembleng segala keupayaan untuk menentang pencerobohan itu. - Gambar Reuters
RIYADH: Arab Saudi menolak dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel di rantau ini, termasuk tindakan “agresif kejam” terhadap Qatar pada Selasa, tegas Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Serangan udara Israel itu dipercayai menyasarkan pemimpin politik Hamas di Doha.
Tindakan tersebut menerima kecaman daripada Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kesatuan Eropah (EU) selain mencetuskan kebimbangan ia akan menggagalkan rundingan gencatan senjata di Gaza.
Dalam perutusan tahunan kepada Majlis Shoura pada Rabu, yang dibacakan bagi pihak Raja Salman, Putera Mahkota menegaskan, tindakan negara-negara Arab, Islam dan antarabangsa perlu digembleng untuk menentang pencerobohan itu.
Beliau turut menekankan keperluan langkah antarabangsa bagi menghalang tentera Israel daripada meneruskan amalan jenayah yang mengancam keselamatan serta kestabilan rantau berkenaan.
“Kami akan berdiri teguh bersama Qatar tanpa sebarang batasan dan akan menggembleng segala keupayaan untuk merealisasikan perkara itu,” katanya.
Dalam perutusan sama, Putera Mahkota turut mengecam serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, termasuk jenayah kebuluran dan pengusiran paksa.
“Tanah Gaza adalah milik Palestin dan hak rakyatnya adalah mutlak. Ia tidak boleh dirampas melalui kekerasan atau dibatalkan dengan ugutan. Pendiran kami tetap jelas: mempertahankan hak itu dan berusaha keras menghalang sebarang pencabulan,” tegasnya.
Beliau mengulangi pendirian Arab Saudi bahawa Inisiatif Keamanan Arab yang dicetuskan pada 2002, berlandaskan penyelesaian dua negara, kekal sebagai jalan terbaik untuk menubuhkan negara Palestin.
Hasil usaha diplomasi intensif Riyadh, semakin banyak negara kini mengiktiraf Palestin secara rasmi, selain penganjuran High-level International Conference for the Peaceful Settlement of the Question of Palestine and the Implementation of the Two-State Solution di New York pada Julai lalu yang meraih momentum antarabangsa luar biasa.
Menyentuh isu Syria pula, Putera Mahkota berkata, Arab Saudi telah mengambil beberapa langkah penting termasuk kejayaan usaha melobi penarikan balik sekatan antarabangsa terhadap negara itu, di samping menyokong usaha menjaga keutuhan wilayah dan memulihkan ekonomi.
“Kami juga berharap kestabilan dapat dicapai di Lubnan, Yaman dan Sudan,” ujarnya.
Dari segi ekonomi, Putera Mahkota menegaskan, Arab Saudi kini terus melaksanakan pelbagai langkah diversifikasi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap minyak.
“Buat pertama kali dalam sejarah, aktiviti bukan minyak menyumbang 56 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kini melepasi SR4.5 trilion (AS$1.2 trilion),” katanya.
Tambah beliau, pencapaian itu telah menjadikan Arab Saudi hab global yang menarik pelbagai aktiviti ekonomi, dengan 660 syarikat antarabangsa memilih negara itu sebagai ibu pejabat serantau – melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Wawasan 2030. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini