awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi khaskan empat lapangan terbang untuk penerbangan haji

Bernama
Bernama
01/06/2022
08:06 MYT
Arab Saudi khaskan empat lapangan terbang untuk penerbangan haji
GACA menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja. - Twitter / @IATA
PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.
GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja.
Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenar memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).
Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersil dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#lapangan terbang
#Arab Saudi
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan