[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Arab Saudi lancar sistem pelesenan baharu untuk penginapan jemaah bermusim

Bernama 01/10/2025 | 14:35 MYT
Sistem ini dibangunkan bersama kementerian pelancongan dan perumahan untuk mengawal selia penyewaan semasa musim haji tahun ini. - Bernama
MADINAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mengeluarkan lesen bermusim bagi penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah melalui perkhidmatan elektronik sementara, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Sistem ini dibangunkan bersama kementerian pelancongan dan perumahan untuk mengawal selia penyewaan semasa musim haji tahun ini.

Pemohon mesti menggunakan platform Nusuk Masar untuk layak menyewa penginapan jemaah haji.

Lesen perlu diperoleh melalui platform elektronik Kementerian Pelancongan, mengikut syarat yang diluluskan, sebelum tempoh kontrak berakhir pada 13 Syaaban 1447 Hijrah.

Proses ini tidak terpakai kepada hotel yang mempunyai lesen sepanjang tahun daripada Kementerian Pelancongan.

Mekanisme pelesenan penginapan sementara ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan mengeluarkan lesen bermusim yang memenuhi semua syarat.

Ia menghubungkan kemudahan berlesen ke platform Nusuk untuk tempahan yang diselaraskan, meningkatkan kapasiti layanan semasa haji dan memastikan pengalaman yang selamat serta teratur melalui platform pelesenan elektronik di pautan: https://tlg.mt.gov.sa/.

-- BERNAMA

#Arab Saudi #lesen bermusim #penginapan jemaah #jemaah haji #Nusuk Masar