[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Arab Saudi lancar terjemahan baharu al-Quran, keseluruhan kini 79

Bernama 18/09/2025 | 21:00 MYT
Dengan penambahan terbaharu itu, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd berkenaan telah menghasilkan 79 terjemahan dalam pelbagai bahasa. - Gambar hiasan
MADINAH: Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh, yang juga Penyelia Umum Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, melancarkan projek mencetak dua terjemahan baharu al-Quran.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dengan penambahan terbaharu itu, kompleks berkenaan telah menghasilkan 79 terjemahan dalam pelbagai bahasa, termasuk 35 yang disiapkan dalam tempoh tujuh tahun lalu.

Pada majlis pelancaran di Madinah, menteri berkenaan memuji sokongan kepimpinan terhadap inisiatif itu dan menegaskan komitmen Kerajaan Arab Saudi untuk menyebarkan al-Quran serta ajarannya ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

-- BERNAMA





#terjemahan al-Quran #Arab Saudi #Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh #projek mencetak terjemahan