awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi lantik wanita jadi pegawai kanan pentadbiran dua masjid suci

Bernama
Bernama
09/08/2021
20:33 MYT
Arab Saudi lantik wanita jadi pegawai kanan pentadbiran dua masjid suci
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi mengamalkan dasar untuk memperkasakan wanita dan membolehkan golongan itu memegang jawatan kanan di institusi kerajaan. - Gambar hiasan
ANKARA: Arab Saudi melantik dua wanita memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Isnin, memetik media tempatan.
Al-Anoud Al-Aboud dan Fatima Al-Rashoud dilantik sebagai pembantu kepada Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, lapor portal Arab News.
Kedua-dua wanita itu memiliki ijazah kedoktoran.
Turut dilantik menjawat pegawai kanan, Kamelia Al-Daadi sebagai penolong setiausaha di jabatan pentadbiran dan perkhidmatan wanita.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arab Saudi mengamalkan dasar untuk memperkasakan wanita dan membolehkan golongan itu memegang jawatan kanan di institusi kerajaan.
Tenaga kerja wanita di negara yang kaya dengan minyak itu menyaksikan peningkatan ketara, mencecah sekitar 33 peratus pada 2020, berbanding 20 peratus pada 2018, menurut Brookings Institution.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#minyak
#masjid
#ijazah kedoktoran
#wanita
#dua masjid suci
#Sheikh Abdulrahman Al-Sudais
#Al-Anoud Al-Aboud
#Fatima Al-Rashoud
#pembantu presiden
#jawatan kanan
#pengurusan
#pentadbiran
#tenaga kerja wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan