INTERNATIONAL
Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tanpa permit haji
Individu yang membawa pemegang visa pelawat ke Makkah atau Tapak-Tapak Suci antara lain akan dikenakan tindakan dan denda sehingga SR100,000. - Gambar/ Reuters
RIYADH: Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi (TGA) mengingatkan semua pengendali pengangkutan di seluruh negara, khususnya di Makkah, agar tidak membawa mana-mana penumpang ke Makkah atau Tapak-Tapak Suci tanpa permit haji atau permit masuk bagi tujuan bekerja atau menetap di Kota Suci itu.
Ringkasan AI
- Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi (TGA) mengingatkan pengendali pengangkutan agar tidak membawa penumpang ke Makkah atau Tapak-Tapak Suci tanpa permit haji atau permit masuk untuk bekerja atau menetap di Kota Suci.
- Peraturan baharu ini, yang berkuat kuasa mulai bulan Zulkaedah 1446 Hijrah (29 April), adalah sebahagian daripada langkah Kementerian Dalam Negeri untuk mengawal pergerakan orang ramai serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan jemaah.
- Individu yang membawa pemegang visa pelawat ke Makkah atau Tapak-Tapak Suci akan dikenakan tindakan dan denda sehingga SR100,000, serta perampasan kenderaan yang digunakan, tertakluk kepada keputusan mahkamah.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai bulan Zulkaedah 1446 Hijrah (29 April) itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri untuk mengawal pergerakan orang ramai serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan jemaah.
Menurut peraturan berkenaan, individu yang didapati membawa pemegang visa pelawat ke Makkah dan Tapak-Tapak Suci, atau cuba berbuat demikian sebelum tamat bulan Zulhijah 1446 Hijrah, akan dikenakan tindakan dan denda sehingga SR100,000.
Hukuman turut merangkumi perampasan kenderaan darat yang digunakan untuk membawa individu dengan visa pelawat ke lokasi berkenaan, tertakluk kepada keputusan mahkamah yang berkaitan.
TGA menegaskan bahawa tindakan itu terpakai tanpa mengira sama ada kenderaan berkenaan dimiliki oleh pemandu, rakan subahat atau mana-mana pihak yang terlibat dalam kesalahan terbabit.
-- BERNAMA