Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Arab Saudi laras pasaran kerja, kurangkan premium gaji ekspatriat

Astro Awani 16/11/2025 | 07:20 MYT
Pasaran pekerjaan di Arab Saudi kini lebih kompetitif, dengan syarikat tempatan memberi keutamaan kepada pengambilan tenaga kerja tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada ekspatriat.
RIYADH: Syarikat di Arab Saudi kini mengurangkan premium gaji yang sebelum ini ditawarkan kepada tenaga kerja asing, selaras usaha kerajaan menyusun semula keutamaan ekonomi di bawah pelan transformasi nasional Visi 2030.


Ringkasan AI
  • Syarikat di Arab Saudi mengurangkan premium gaji untuk tenaga kerja asing, mengikut usaha kerajaan menyusun semula keutamaan ekonomi di bawah Visi 2030.
  • Pasaran pekerjaan di negara tersebut kini lebih kompetitif dengan syarikat tempatan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada ekspatriat.
  • Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak serta memperkukuh sektor bukan minyak seperti pelancongan, hartanah, perlombongan, dan perkhidmatan kewangan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut perekrut antarabangsa yang dipetik Reuters, tawaran premium sehingga 40 peratus yang sebelum ini menjadi tarikan utama kepada tenaga mahir asing dalam sektor pembinaan, pembuatan dan kejuruteraan kini semakin jarang ditawarkan.

Pasaran pekerjaan di Arab Saudi kini lebih kompetitif, dengan syarikat tempatan memberi keutamaan kepada pengambilan tenaga kerja tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada ekspatriat.

Langkah ini sebahagian daripada strategi kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan memperkukuh sektor bukan minyak seperti pelancongan, hartanah, perlombongan dan perkhidmatan kewangan.

Walaupun pelaburan besar dalam projek mega seperti NEOM dan King Salman Park meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir, beberapa projek dilaporkan mengalami kelewatan dan cabaran pelaksanaan.

Penganalisis menjangkakan perubahan ini akan memberi kesan kepada aliran masuk bakat asing, terutamanya profesional yang sebelum ini tertarik dengan ganjaran tinggi.

Namun, Arab Saudi dijangka terus menjadi destinasi utama bagi pelabur dan tenaga kerja global, khususnya dalam sektor teknologi, logistik dan tenaga boleh diperbaharui, sejajar matlamat jangka panjang Visi 2030.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI



#Arab Saudi #premium gaji #tenaga kerja asing #visi 2030
Sila isi emel yang sah! Sila isi emel yang sah!
Terima kasih atas langganan anda
Terima kasih atas langganan anda