awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion

Arab Saudi lucut kewarganegaraan anak Osama bin Laden

Agensi
Agensi
01/03/2019
22:56 MYT
Arab Saudi lucut kewarganegaraan anak Osama bin Laden
Hamza yang juga dikenali sebagai 'Putera Mahkota Jihad' menjadi buruan sejak beberapa tahun lalu.
ARAB Saudi telah melucutkan kewarganegaraan anak bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, kata kementerian dalam negerinya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Keputusan itu dibuat berdasarkan perintah diraja yang dibuat pada bulan November lalu.
Ia susulan langkah Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) terhadap penangkapan Hamza Bin Laden yang dikategorikan sebagai 'wajah baharu' ekstremisme.
BACA: Ganjaran RM4 juta tangkap anak Osama bin Laden
Hamza yang juga dikenali sebagai 'Putera Mahkota Jihad' menjadi buruan sejak beberapa tahun lalu.
Hamza, 30, telah didakwa oleh pentadbiran AS mengancam untuk menyerang negara kuasa besar itu sebagai membalas dendam di atas kematian bapanya pada 2011.
Agensi perisikan AS juga mendakwa, Hamza dilihat sebagai pengganti bapanya yang mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam kegiatan jihad.
Hamza menikahi anak perempuan Mohammed Atta yang juga ketua insiden serangan 11 September 2001 di AS yang mengorbankan lebih 3,000 orang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anak bekas pemimpin Al-Qaeda
#Arab Saudi lucutkan kewarganegaraan Hamza Bin Laden
#Hamza bin Laden
#Osama bin Laden
#Putera Mahkota Jihad
#wajah baharu' ekstremisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.