Skip to main content

Dunia

Arab Saudi pamer manuskrip abad ketiga Hijrah tampilkan tulisan awal al-Quran

Sumber: SAUDI PRESS AGENCY
Teks berkenaan tidak mempunyai tanda vokal mahupun titik diakritis, sekali gus menonjolkan ciri khas peringkat awal penulisan manuskrip Al-Quran. - Foto SPA
Advertisement

MEKAH: Muzium al-Quran di Wilayah Kebudayaan Hira di Mekah memamerkan satu manuskrip al-Quran yang jarang ditemui: sekeping helaian al-Quran dari abad ketiga Hijrah, bersamaan abad kesembilan Masihi, sebuah artifak bersejarah yang mendokumentasikan aspek peringkat awal penghasilan manuskrip al-Quran, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Manuskrip yang dipamerkan itu mengandungi sebahagian daripada Surah Maryam, ditulis di atas kulit menggunakan dakwat merah. 

Teks berkenaan tidak mempunyai tanda vokal mahupun titik diakritis, sekali gus menonjolkan ciri khas peringkat awal penulisan manuskrip Al-Quran. 

Ini membolehkan pengunjung muzium mempelajari perkembangan penulisan Al-Quran serta kaedah yang digunakan untuk merekodkan al-Quran pada abad-abad awal Islam.

Muzium al-Quran merupakan antara kemudahan utama di Wilayah Kebudayaan Hira, yang menawarkan pengalaman pendidikan dan interaktif yang menonjolkan sejarah al-Quran, perkembangan penulisan manuskrip al-Quran, serta pelbagai bentuk pemeliharaan yang diberikan kepadanya sepanjang zaman.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video

Advertisement