ISTANBUL: Pertahanan udara Arab Saudi memintas dua dron yang dilancarkan Houthi pada awal Sabtu ke arah wilayah Riyadh, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman, Turki al-Maliki berkata pasukan Saudi sedang memantau ancaman peluru berpandu dan dron yang menyasarkan negara itu.
Beliau berkata kedua-dua dron yang dilancarkan ke arah wilayah Riyadh berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara.
Houthi kembali terlibat dalam pertempuran dengan pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi sejak perang saudara tercetus semula pada Julai, selepas kumpulan itu mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Riyadh.
-- BERNAMA-ANADOLU