Ikuti perkembangan Banjir Aceh dan Sumatera di sini
DUNIA

Arab Saudi, Qatar meterai perjanjian kereta api berkelajuan tinggi hubungkan ibu negara

Bernama 09/12/2025 | 05:10 MYT
Arab Saudi dan Qatar menandatangani perjanjian projek kereta api penumpang elektrik berkelajuan tinggi yang menghubungkan Riyadh dan Doha. -Foto X @spagov
RIYADH: Arab Saudi dan Qatar memeterai perjanjian projek kereta api penumpang elektrik berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Riyadh dan Doha, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Saudi.


Ringkasan AI
  • Arab Saudi dan Qatar menandatangani perjanjian projek kereta api penumpang elektrik berkelajuan tinggi yang menghubungkan Riyadh dan Doha.
  • Laluan kereta api sepanjang 785km dijangka siap dalam enam tahun, memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada kira-kira dua jam.
  • Projek ini dijangka memberi perkhidmatan kepada 10 juta penumpang setiap tahun dan mencipta 30,000 pekerjaan di kedua-dua negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Laluan kereta api berkelajuan tinggi itu, yang dijangka siap dalam tempoh enam tahun, akan merentasi 785 kilometer (km) dan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Salman di Riyadh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha.

Dengan kelajuan melebihi 300km sejam, laluan rel itu akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada kira-kira dua jam.

Projek itu dijangka memberi perkhidmatan kepada 10 juta penumpang setiap tahun dan mewujudkan 30,000 pekerjaan di kedua-dua negara, menurut laporan itu.

Perjanjian ditandatangani semasa lawatan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ke Riyadh.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang dimeterai antara Arab Saudi dan Qatar berkenaan projek kereta api?
    A: Perjanjian projek kereta api penumpang elektrik berkelajuan tinggi yang menghubungkan Riyadh dan Doha dimeterai antara Arab Saudi dan Qatar.
  • Q: Berapakah jarak laluan kereta api berkelajuan tinggi yang dijangka akan dibina?
    A: Laluan kereta api berkelajuan tinggi itu merentasi 785 kilometer dan akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Salman di Riyadh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha.
  • Q: Berapakah kelajuan maksimum yang dicapai oleh kereta api berkelajuan tinggi ini?
    A: Kereta api berkelajuan tinggi itu akan beroperasi dengan kelajuan melebihi 300 km sejam.
  • Q: Berapakah anggaran masa perjalanan antara Riyadh dan Doha menggunakan kereta api berkelajuan tinggi ini?
    A: Masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara dijangka mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan kereta api berkelajuan tinggi.
  • Q: Berapa ramai penumpang yang dijangka akan dilayan setiap tahun oleh projek kereta api ini?
    A: Projek kereta api dijangka akan memberi perkhidmatan kepada 10 juta penumpang setiap tahun dan mewujudkan 30,000 pekerjaan di kedua-dua negara.



#Arab Saudi #Qatar #projek kereta api penumpang elektrik #hubungkan Riyadh dan Doha