Arab Saudi sambut Hari Raya Aidilfiitri hari ini

Agensi
Jun 4, 2019 01:44 MYT
Arab Saudi menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini selepas anak bulan Syawal kelihatan petang semalam, menandakan berakhirnya Ramadan. - Foto www.arabnews.com
ARAB SAUDI menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini selepas anak bulan Syawal kelihatan petang semalam, menandakan berakhirnya Ramadan.
Memetik laporan Arab News, tarikh 1 Syawal itu diumumkan oleh Mahkamah Agung Saudi.
Portal media itu melaporkan, selain Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan beberapa negara teluk turut menyambut Aidilfitri hari ini.
Menurutnya, beberapa negara lain seperti Indonesia, Pakistan, Australia, dan sebahagian negara di Asia yang tidak melihat anak bulan akan meraikan Aidilfitri pada Rabu.
Malaysia juga akan meraikan Aidilfitri pada Rabu.
Sementara itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua negara-negara Islam.
#anak bulan #Arab Saudi #Mohammed Salman #Putera Mahkota Saudi #raja arab saudi #Raja Salman Abdulaziz #Ramadan #syawal