[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Arab Saudi sedia terima jemaah umrah bagi musim 1447H

Bernama 25/06/2025 | 09:44 MYT
Semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden. - Bernama
RIYADH: Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi telah melengkapkan persiapan di semua pintu masuk antarabangsa untuk menerima jemaah umrah yang tiba bagi musim umrah 1447 Hijrah, bagi memastikan kelancaran proses daripada ketibaan hingga berlepas.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jabatan itu mengesahkan bahawa semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden.
Jabatan itu turut menggesa jemaah umrah agar mematuhi peraturan dan arahan sepanjang berada di negara itu, dari saat ketibaan sehingga berlepas.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #umrah #ibadah #persiapan #jemaah umrah