awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji

Bernama
Bernama
10/06/2024
07:30 MYT
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji. -Gambar fail/AP
MEKAH: Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menganjurkan inisiatif itu di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah di bawah tajuk, "Hosting Initiative for Pilgrims from the Families of Martyrs and the Wounded from the Gaza Strip".
Menterinya, Abdullatif Abdulaziz Al Al-Sheikh, yang menyelia program itu menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.
Beliau memuji Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi atas tindakan mulia itu yang mencerminkan keprihatinan dan penjagaan berterusan baginda terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi Kerajaan terhadap perjuangan Palestin di semua peringkat.
"Isyarat kemanusiaan ini bukanlah perkara asing bagi Kerajaan, yang telah berdiri bersama rakyat Palestin sejak zaman pengasas Raja Abdulaziz hingga ke era Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sekarang," katanya.
Sementara itu, Raja Salman pada Mei turut mengundang 1,000 warga Palestin menunaikan haji pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijemput kepada 2,000 jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Haji
#ahli keluarga warga Palestin
#Raja Salman Abdulaziz Al Saud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan