awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB

Agensi
Agensi
04/07/2024
00:45 MYT
Arahan pemindahan tentera Israel halang bantuan PBB
Perintah pemindahan tentera Israel yang melibatkan satu pertiga daripada Gaza telah memusnahkan usaha PBB untuk memperbaiki penghantaran bantuan kemanusiaan melalui laluan Kerem Shalom. - Gambar fail
SEMENANJUNG GAZA: Perintah pemindahan tentera Israel yang melibatkan satu pertiga daripada Gaza telah memusnahkan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperbaiki penghantaran bantuan kemanusiaan melalui laluan Kerem Shalom.
Menurut Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di wilayah Palestin, Andrea De Domenico, perbincangan beberapa minggu sebelum ini untuk memulihkan keadaan umpama gagal dengan perintah terbaharu ini.
“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah banyak berbincang dengan pihak Israel dan komuniti kemanusiaan mengenai cara untuk menyambung semula keupayaan kami membawa bantuan dari Karem Abu Salem ke dalam gaza dan mengedarkannya di seluruh kawasan tersebut.
“Kami telah merancang banyak penyelesaian, mencuba dan menguji, memperbaiki dan kadang-kadang gagal - dan kini dengan perintah pemindahan ini, semua usaha tersebut telah, sekali lagi, dihapuskan,” kata beliau.
Israel sebelum ini mengkritik operasi bantuan yang dipimpin PBB di wilayah yang dihuni 2.3 juta orang itu. PBB memaklumkan, pengagihan bantuan bukan sahaja terhalang oleh perang sembilan bulan antara Israel dan pejuang Hamas, tetapi juga oleh ketidakstabilan.
Tentera Israel mengumumkan bulan ini akan mewujudkan jeda serangan harian pada waktu siang untuk memudahkan pengumpulan bantuan dari Kerem Shalom.
Namun, PBB mendakwa, ketidakstabilan sebagai membahayakan pasukan penghantar bantuan.
Sehubungan itu, ia mendesak Israel untuk memulihkan ketenteraman awam dan keselamatan di Gaza.
PBB juga telah lama merayu untuk koordinasi yang lebih berkesan dengan tentera Israel bagi operasi bantuan dan kelulusan untuk PBB serta pekerja kemanusiaan menggunakan peralatan keselamatan dan komunikasi penting.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric dan seorang pegawai pertahanan Israel berkata, perbincangan sedang dijalankan mengenai pelbagai pilihan komunikasi yang boleh digunakan untuk operasi kemanusiaan di Gaza.
Dujarric berkata, PBB "tidak memihak kepada mana-mana platform" dan hanya mahukan peralatan komunikasi yang tidak bergantung kepada menara telefon bimbit kerana ia tidak boleh dipercayai. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#tentera Israel
#bantuan PBB
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan