awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina bakal terima pinjaman AS$900 juta daripada Bank Dunia

Bernama
Bernama
08/09/2022
04:47 MYT
Argentina bakal terima pinjaman AS$900 juta daripada Bank Dunia
Perkara itu diputuskan selepas Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia, Axel van Trotsenburg, bertemu Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa, di Washington. - AP
LONDON: Bank Dunia pada Rabu mengumumkan kelulusan pinjaman baharu berjumlah AS$900 juta kepada Argentina susulan krisis ekonomi yang melanda.
Perkara berkenaan diputuskan selepas Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia, Axel van Trotsenburg, bertemu Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Massa, di Washington, lapor Agensi Anadolu.
"Tahun ini, Bank Dunia telah meluluskan projek baharu bernilai AS$1.1 bilion dan mengesahkan kira-kira AS$900 juta akan disalurkan dalam tempoh enam bulan akan datang," menurut bank itu dalam satu kenyataan.
Massa berterima kasih kepada Bank dan van Trotsenburg atas sokongan dan pengiktirafan terhadap langkah-langkah yang diambil untuk menstabilkan makroekonomi dan mengukuhkan rizab.
Beliau menerusi ciapan di Twitter berkata mereka turut membincangkan program makroekonomi dan bersetuju untuk terus berusaha mengembangkan pembiayaan bagi pembangunan inklusif negara dalam projek air dan sanitasi, perlindungan sosial, kesihatan, pengangkutan dan pendidikan.
Bank Dunia telah meluluskan pinjaman bernilai AS$3.73 bilion yang tertumpu kepada program pelaburan dan pertumbuhan termasuk sokongan kepada mereka yang paling memerlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#pinjaman
#Argentina
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan