Ariana Grande terkejut, kelu susulan insiden letupan di Manchester Arena
T K Letchumy Tamboo
Mei 23, 2017 03:33 MYT
Mei 23, 2017 03:33 MYT
Penyanyi Ariana Grande telah memohon maaf di atas kejadian letupan yang berlaku ketika konsertnya di Manchester Arena, United Kingdom pada Isnin malam.
Katanya, beliau kelu dan tidak dapat meluahkan kata-kata susulan insiden yang mengejutkan itu.
Insiden letupan itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 50 yang lain.