DUNIA
Armenia, Azerbaijan tandatangan pelan hala tuju damai tiga hala dengan AS
Pemimpin ketiga-tiga negara menyifatkan perjanjian itu sebagai permulaan era baharu keamanan dan pembangunan, serta memohon pembubaran Kumpulan Minsk OSCE. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Armenia dan Azerbaijan pada Jumaat menandatangani pelan hala tuju damai tiga hala bersama Amerika Syarikat (AS) yang menurut Presiden AS Donald Trump akan menamatkan konflik selama berdekad-dekad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Dengan perjanjian ini, kita akhirnya berjaya mewujudkan keamanan," kata Trump kepada wartawan bersama Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
Beliau berkata perjanjian itu mengikat kedua-dua negara untuk menamatkan semua pertempuran, membuka perdagangan, perjalanan dan hubungan diplomatik, serta menghormati kedaulatan dan integriti wilayah masing-masing.
Komponen utama perjanjian ini ialah Trump Route for International Peace and Prosperity (TRIPP)", yang menghubungkan tanah besar Azerbaijan dengan wilayahnya, Republik Autonomi Nakhchivan, melalui wilayah Armenia di bawah perkongsian eksklusif dengan AS selama sehingga 99 tahun.
Trump berkata syarikat-syarikat Amerika berminat membangunkan koridor itu, yang bakal membawa projek infrastruktur besar dan manfaat ekonomi kepada ketiga-tiga negara.
Beliau juga mengumumkan pemansuhan sekatan kerjasama pertahanan AS dengan Azerbaijan.
Aliyev menyifatkan ia sebagai "hari bersejarah" yang menandakan keamanan di Kaukasus serta peluang untuk perdamaian.
Pashinyan pula berkata perjanjian ini membuka "era baharu" berasaskan penghormatan penuh terhadap kedaulatan dan integriti wilayah, dengan peranan Presiden Trump sebagai saksi memberikan keyakinan terhadap masa depan yang aman, selamat dan kerjasama.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio mengalu-alukan perjanjian itu, sambil menyatakan ia akan menamatkan konflik berdekad-dekad serta membuka potensi ekonomi rantau Kaukasus Selatan.
Para pemimpin juga menandatangani surat bersama untuk memohon pembubaran Kumpulan Minsk OSCE yang menjadi perantara konflik itu sejak akhir 1980-an.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Armenia dan Azerbaijan menandatangani pelan damai tiga hala bersama Amerika Syarikat untuk menamatkan konflik berdekad-dekad dan membuka hubungan diplomatik.
- Perjanjian merangkumi pembentukan koridor TRIPP yang menghubungkan Azerbaijan dengan wilayah Nakhchivan melalui Armenia, di bawah kerjasama eksklusif dengan AS selama sehingga 99 tahun.
- Pemimpin ketiga-tiga negara menyifatkan perjanjian itu sebagai permulaan era baharu keamanan dan pembangunan, serta memohon pembubaran Kumpulan Minsk OSCE.