awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung

Agensi
Agensi
24/10/2020
09:18 MYT
Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Schwarzenegger mengucapkan terima kasih pada staf perubatan di Cleveland Clinic. - Foto: Twitter/Arnold
LOS ANGELES:Bintang aksi, Arnold Schwarzenegger, pada Jumaat mengakui dirinya berasa lebih hebat selepas menjalani pembedahan jantung, lapor Reuters.
"Saya mempunyai injap aorta yang baharu selain injap pulmonari daripada pembedahan yang sebelum ini. Saya rasa hebat dan sudahpun keluar ke jalanan Cleveland," ujarnya di dalam akaun Twitternya.
Schwarzenegger, 73, memuat naik gambarnya yang memberi isyarat bagus dari katil hospital di Cleveland Clinic, serta mengucapkan terima kasih pada staf perubatan di situ.
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.
Schwarzenegger menjadi salah seorang daripada bintang filem aksi terkenal sekitar tahun 1980-an, dengan filem popular seperti Conan the Barbarian dan The Terminator, selain filem komedi Twins.
Pada 2003, Schwarzenegger dilantik sebagai Gabenor California dan banyak memperjuang polisi berkaitan alam sekitar. Selepas mengakhiri penggal perkhidmatannya pada 2011, dia kembali ke layar perak, antaranya muncul dalam The Expendables 2 dan juga sekuel The Terminator.
Topic Berkaitan
#Arnold Schwarzenegger
#selebriti
#bintang
#layar perak
#Terminator
#pembedahan jantung
#Hollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan