Arnold Schwarzenegger terlibat nahas jalan raya di Los Angeles

Astro Awani
Januari 23, 2022 01:32 MYT
Imej dari news.sky.com menunjukkan keadaan kemalangan membabitkan SUV dipandu Arnold Schwarzenegger dan tiga kenderaan lain di Los Angeles, 21 Jan 2022.
PELAKON Arnold Schwarzenegger terlibat dalam kemalangan jalan raya di Los Angeles pada Jumaat malam.
Menurut polis, seorang wanita turut cedera dalam nahas yang membabitkan empat kenderaan itu.
Foto dari lokasi kejadian menunjukkan sebuah kenderaan SUV besar menghempap tiga kenderaan lain di persimpangan berhampiran rumah Arnold, di kawasan kejiranan mewah Brentwood.
Polis berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat dan turut menafikan penglibatan dadah atau alkohol.
Jurucakap Arnold mengesahkan kepada Los Angeles Times, bekas gabenor California itu yang memandu SUV tersebut ketika kejadian, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
#kemalangan #Los Angeles #Arnold Schwarzenegger