DUNIA
Artik catat tahun terpanas dalam 125 tahun, ais laut capai paras terendah dalam 47 tahun - Laporan
Dari Okt 2024 hingga Sept 2025, jumlah hujan di Artik mencapai paras tertinggi dalam rekod, sebahagian besarnya turun sebagai hujan dan bukannya salji, menyebabkan litupan salji Jun tinggal separuh daripada paras enam dekad lepas. - Facebook NOAA
ISTANBUL: Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada kemuncaknya pada Mac, ketika rantau itu melalui peralihan pesat ke arah keadaan yang lebih panas dan lembap, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Kad Laporan Artik tahunan NOAA menunjukkan yang dari Oktober 2024 hingga September 2025, rantau itu mencatatkan suhu tertinggi dalam 125 tahun, dengan sedekad kebelakangan ini merekodkan 10 tahun paling panas dalam sejarah.
Artik sedang mengalami keadaan panas sehingga empat kali lebih pantas berbanding purata global akibat pelepasan bahan api fosil, sekali gus mengganggu rantau yang berperanan penting sebagai pengawal selia iklim dunia.
Pada 2025, ais laut Artik mencapai tahap maksimum terendah dalam tempoh 47 tahun rekod satelit, dengan ais tertua dan paling tebal merosot lebih daripada 95 peratus sejak 1980-an berikutan peningkatan suhu dan hujan yang semakin kerap.
Di Artik Alaska, pencairan permafrost menyebabkan lebih 200 sungai dan anak sungai bertukar warna jingga, dengan peningkatan keasidan dan logam toksik menjejaskan kualiti air, habitat akuatik dan biodiversiti, sementara ahli sains mengkaji kesannya terhadap air minuman dan perikanan sara hidup.
Dari Oktober 2024 hingga September 2025, jumlah hujan di Artik mencapai paras tertinggi dalam rekod, dengan jumlah hujan pada musim sejuk, bunga dan luruh masing-masing tersenarai dalam lima tertinggi sejak 1950. Sebahagian besar hujan itu turun sebagai hujan dan bukannya salji, menyebabkan litupan salji Jun tinggal separuh daripada paras enam dekad lepas.
Kad laporan itu menekankan perubahan pantas dan saling berkait yang sedang membentuk semula rantau itu, sambil memberi amaran bahawa trend ini akan memberi kesan kepada komuniti Artik dan iklim global, serta menegaskan keperluan penyelidikan dan pemantauan berterusan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Artik mengalami tahun terpanas dalam tempoh 125 tahun, dengan litupan ais laut mencapai paras terendah dalam 47 tahun pada Mac, menurut NOAA.
- Suhu tertinggi dicatatkan dari Oktober 2024 hingga September 2025, dengan 10 tahun paling panas dalam sejarah.
- Pencairan ais laut dan permafrost di Artik menyebabkan impak negatif terhadap kualiti air, habitat akuatik, dan biodiversiti, menjejaskan sumber air dan perikanan.