awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artis manga Jepun Matsumoto Leiji meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2023
23:40 MYT
Artis manga Jepun Matsumoto Leiji meninggal dunia
Difahamkan punca kematian Matsumoto adalah akibat kegagalan jantung. -AP
TOKYO: Artis manga terkemuka Jepun, Matsumoto Leiji meninggal dunia pada 13 Feb di Tokyo pada usia 85 tahun.
Berita pemergian legenda manga itu diumum wakilnya pada Isnin.
Difahamkan punca kematian Matsumoto adalah akibat kegagalan jantung.
Matsumoto yang nama sebenarnya Matsumoto Akira dilahirkan pada tahun 1938 di Kurume, sebuah bandar di pulau selatan Jepun Kyushu.
Matsumoto mula melukis manga secara profesional selepas tiba di Tokyo pada usia 18 tahun.
Kemunculan pertamanya dalam arena manga adalah pada tahun 1954 dengan komik bertajuk "Mitsubachi no Boken" (Pengembaraan Lebah Madu).
Mendiang dikenali melalui karya manga yang berkisar tentang ronin (samurai tidak bertuan), koboi dan beberapa subjek lain.
Namun naskhah beliau yang paling menarik perhatian ialah siri pengembaraan angkasa lepas, termasuk "Space Pirate Captain Harlock" dan "Galaxy Express 999" pada tahun 1977.
Topic Berkaitan
#Matsumoto Leiji
#Artis manga terkemuka Jepun
#Matsumoto Akira
#Mitsubachi no Boken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan