BANGKOK: ASEAN amat kecewa dengan dengan komitmen dan kemajuan yang kurang memberangsangkan yang ditunjukkan junta Myanmar berhubung pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi menamatkan konflik di negara itu.
Dalam pernyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM-55), blok serantau itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap krisis politik yang berpanjangan di negara itu, termasuk pelaksanaan hukuman mati empat aktivis pembangkang.
"Kami amat kecewa dengan kemajuan dan komitmen yang kurang memberangsangkan oleh pihak berkuasa Myanmar terhadap pelaksanaan 5PC.
"Untuk mencapai tujuan ini, dengan mendukung persetujuan antara pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan selaras dengan Perkara 20 Piagam ASEAN, kami mengesyorkan Sidang Kemuncak ASEAN menilai kemajuan pelaksanaan 5PC oleh Majlis Pentadbiran Negeri untuk mencapai keputusan berhubung langkah seterusnya," menurut pernyataan bersama itu.
Menteri-menteri luar ASEAN turut mengulangi komitmen untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini serta menyuarakan kesediaan ASEAN membantu Myanmar secara positif dan konstruktif termasuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Selain itu, Menteri-menteri luar turut bersetuju agar Duta Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar melibatkan semua pihak berkepentingan di Myanmar secepat mungkin.
5PC bagi menangani krisis Myanmar telah dipersetujui ketika Mesyuarat Pemimpin ASEAN (ALM) di Jakarta pada April 2021.
5PC menggesa keganasan di Myanmar dihentikan serta merta, dialog konstruktif antara semua pihak yang terbabit untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat, duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN, ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan dan duta khas dan delegasi dibenar melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
Pada 2 Ogos, ketua tentera Myanmar Sr Jeneral Min Aung Hlaing berkata beberapa perkara daripada 5PC yang dipersetujui dengan ASEAN akan dilaksanakan tahun ini.
Beliau berkata Myanmar tidak dapat melaksanakan 5PC tahun lepas kerana "ketidakstabilan" sebahagiannya disebabkan impak dari pandemik COVID-19.
AMM-55 memberi tumpuan kepada usaha menamatkan krisis di Myanmar dihadiri menteri luar ASEAN serta ahli diplomat tertinggi dari China, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun.
Bagaimanapun, ketegangan di Selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke pulau itu membayangi mesyuarat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

ASEAN turut menyuarakan kebimbangan terhadap krisis politik yang berpanjangan di negara itu, termasuk pelaksanaan hukuman mati empat aktivis pembangkang. - Foto AP

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Cerita Sebalik Berita: Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia
Aktivis dan Artis Orang Asli, Shaq Koyok bercerita mengenai Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.
![[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti [TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981836/thumbnails/21620390201660037911287_640x360.jpg)
[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.

Faizal Saari sertai kelab Belanda
Faizal Saari bakal berentap di liga utama Belanda tersebut selama 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan.

ASEAN amat kecewa dengan kemajuan 5PC
ASEAN turut menyuarakan kebimbangan terhadap krisis politik yang berpanjangan di Myanmar, termasuk pelaksanaan hukuman mati empat aktivis pembangkang.

Sidang Kemuncak ASEAN akan datang perlu buat keputusan penting mengenai K5P - Saifuddin Abdullah
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Sidang Kemuncak ASEAN pada November ini perlu membuat keputusan amat penting mengenai Konsensus Lima Perkara (K5P).

Libatkan NUG untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Myanmar - Syed Hamid
Ini juga penting untuk memudahkan akses segera dan tanpa halangan penghantaran bantuan kemanusiaan.

Indonesia dan Singapura desak Myanmar segera laksana lima konsensus
Indonesia dan Singapura mengecam rampasan kuasa tentera di Myanmar, dan menggesa junta tentera untuk segera melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5-PC).

Jokowi kesal sikap Myanmar terhadap Konsensus Lima Perkara
Kekecewaan itu disampaikan semasa perbualan keduanya dengan Hun Sen bulan ini.

Konsensus 5 perkara ASEAN perlu perpaduan serantau, sokongan antarabangsa - PBB
Sebarang tindakan muhibah ke arah melindungi rakyat Myanmar dan mata pencarian mereka perlu ditunjukkan secara jelas.

Singapura bimbang dengan situasi di Myanmar - PM Lee
Lee kecewa dengan kurangnya kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN.