Skip to main content

Dunia

ASEAN bincang pemodenan prosedur perdagangan rentas sempadan

41769252467_TBBENDERAASEAN.jpg
Mesyuarat Ke-75 Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Teknikal bagi ASW bertujuan memperkukuh pemudah cara perdagangan serantau dan memodenkan prosedur kastam. - Gambar fail

VIENTIANE: Negara anggota ASEAN membincangkan usaha memajukan pembangunan projek pertukaran maklumat ASEAN Single Window (ASW) bagi memodenkan prosedur perdagangan rentas sempadan, lapor Xinhua.

Jabatan Kastam di bawah Kementerian Kewangan Laos menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-75 Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Teknikal bagi ASW dari Selasa hingga Jumaat, bertujuan memperkukuh pemudah cara perdagangan serantau dan memodenkan prosedur kastam, menurut laporan kementerian yang dikeluarkan pada Khamis.

Mesyuarat itu menghimpunkan wakil negara anggota ASEAN bagi membincangkan pembangunan dan integrasi sistem ASW, yang menyokong perdagangan rentas sempadan yang lebih pantas dan cekap menerusi pertukaran maklumat secara elektronik.

Peserta menekankan kepentingan sistem ASW dalam menggalakkan integrasi ekonomi serantau, meningkatkan kecekapan kastam, mengurangkan halangan dokumentasi serta mempermudah prosedur perdagangan rentas sempadan di negara anggota ASEAN.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement