DUNIA

ASEAN dalam proses jadikan Turkiye rakan dialog - Mohamad

Syafik Shukri Jalil 11/07/2025 | 02:10 MYT
Mohamad ditemui media selepas mengadakan Mesyuarat Tiga Hala bersama Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Sekretariat ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: ASEAN sedang menimbangkan usaha untuk menjadikan Turkiye sebagai rakan dialog dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan Turkiye telah memainkan peranan yang baik sebagai salah satu rakan sektoral ASEAN (Sectoral Dialogue Partner).

“Kita meninjau dan juga melihat Turkiye yang sekarang ini statusnya sebagai rakan sektoral ASEAN, belum lagi rakan dialog.

“Inisiatif yang telah dilakukan bersama ASEAN termasuk dalam aspek teknologi, sekuriti, pertahanan dan pertanian. Juga biasiswa kepada anak-anak daripada negara ASEAN.

"Jadi, kita menimbangkan bagaimana cara untuk kita membawa Turkiye sebagai ahli penuh rakan dialog ASEAN pada masa terdekat,” katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mengadakan Mesyuarat Tiga Hala bersama Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Sekretariat ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.







#Mohamad Hasan #rakan sektoral ASEAN #Turkiye #ASEAN