awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN faktor penting satukan dunia yang berpecah - Setiausaha Agung PBB

Bernama
Bernama
07/09/2023
10:40 MYT
ASEAN faktor penting satukan dunia yang berpecah - Setiausaha Agung PBB
Guterres bimbang dengan dunia yang dianggapnya semakin berdepan ancaman disebabkan oleh krisis, perubahan iklim, peperangan, konflik, kemiskinan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. - Foto AP
JAKARTA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memuji peranan ASEAN sebagai fakor penting dalam menyatukan dunia yang kini berpecah belah.
"Saya memuji ASEAN dan negara anggota ASEAN atas peranan penting mereka dalam membina jambatan persefahaman.
"ASEAN telah menjadi faktor penting untuk perpaduan dalam dunia yang berpecah belah," kata Setiausaha Agung Guterres pada sidang media di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, pada Khamis, lapor Agensi Berita ANTARA.
Guterres bimbang dengan dunia yang dianggapnya semakin berdepan ancaman disebabkan oleh krisis, perubahan iklim, peperangan, konflik, kemiskinan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
"Justeru, kita perlukan kerjasama dari semua sudut," katanya.
Beliau berkata ASEAN perlu berperanan sebagai sebuah institusi pelbagai hala yang boleh merapatkan perbezaan dan membina persefahaman.
"Dalam dunia yang kian mencabar, kita mahukan lebih berbanding sebelum ini dan memerlukan institusi pelbagai hala yang kukuh - berdasarkan ekuiti, solidariti dan kesejagatan," kata Guterres.
Setiausaha Agung PBB itu turut memuji moto kebangsaan Indonesia iaitu "Bhinneka Tunggal Ika" yang dianggapnya semakin relevan dalam situasi dunia semasa.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada lebih 5,000 pasukan pengaman dari Indonesia dan negara anggota ASEAN lain yang berkhidmat di seluruh dunia.
Selain itu, Guterres turut memuji peranan konstruktif ASEAN dalam bidang keamanan, khususnya dalam usaha meredakan ketegangan dari Laut China Selatan hingga ke Semenanjung Korea dengan mengutamakan dialog dan menggalakkan undang-undang antarabangsa dihormati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung PBB
#ASEAN
#Antonio Guterres
#dunia berpecah belah
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan