INTERNATIONAL
ASEAN gesa kekalkan keamanan di Laut China Selatan, segera muktamadkan CoC - PM Anwar

Anwar bersama Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China di Pusat Konvensyen Nasional (NCC), hari ini. - Bernama
VIENTIANE: ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen mengenai kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- ASEAN menggesa komitmen semua pihak untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.
- ASEAN mendesak penyelesaian segera Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan bagi memastikan kestabilan di kawasan tersebut.
- ASEAN dan China menyokong usaha kerjasama dalam peralihan tenaga, teknologi baru, serta melanjutkan Tahun Pertukaran Antara Rakyat ASEAN-China sehingga 2025.
Anwar berkata demikian menerusi Sidang Kemuncak ASEAN-China yang berlangsung Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC), di sini, pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, ASEAN juga mengalu-alukan sokongan China terhadap usaha peralihan tenaga dan menyeru kerjasama dalam teknologi baru seperti robotik dan kecerdasan buatan.
Ujarnya lagi, ASEAN juga mengalu-alukan Kenyataan Bersama mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Pertukaran Antara Rakyat, serta menyokong cadangan China untuk melanjutkan Tahun Pertukaran Antara Rakyat ASEAN-China sehingga 2025.
Sejak tahun 2020, ASEAN dan China menjadi rakan dagangan terbesar antara satu sama lain, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua pihak mencecah RM2.99 trillion atau AS$696.7 bilion pada tahun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami