DUNIA
ASEAN-Kanada komited perluas kerjasama menerusi ACAFTA

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) bersama Menteri Luar Kanada Anita Anand pada Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan Kanada di KLCC hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN dan Kanada menegaskan komitmen memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA), yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan mampan dan penjajaran peraturan serantau.
Ringkasan AI
- ASEAN dan Kanada menegaskan komitmen memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA) sebagai pemangkin pertumbuhan mampan dan penjajaran peraturan serantau, termasuk kerjasama dalam teknologi hijau, tenaga bersih dan perdagangan digital.
- Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar turut membincangkan peluang kerjasama dalam teknologi kuantum dan peralihan tenaga, serta menyokong Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga (APAEC).
- Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera, sambil menekankan kepentingan undang-undang antarabangsa dan keamanan berkekalan di Asia Barat.
"Ia bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor-sektor baharu seperti perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau, dan tenaga bersih.
“ACAFTA, apabila digabungkan dengan Strategi Indo-Pasifik Kanada, mampu menyumbang kepada daya tahan ekonomi yang lebih inklusif dan berteraskan kelestarian.
“Mesyuarat turut membincangkan peluang kerjasama dalam teknologi kuantum dan peralihan tenaga, di samping menyatakan minat terhadap pengukuhan kerjasama melalui Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga (APAEC),” kata kenyataan itu.
Pada 16 November 2021, Kanada dan ASEAN telah bersetuju memulakan rundingan bagi memeterai ACAFTA.
Ia antara lain, bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan memperluas kehadiran Kanada di pasaran yang pesat membangun ini.
Sementara itu, menerusi perbincangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan menggesa agar gencatan senjata segera dilaksanakan.
Malaysia turut menekankan kepentingan menegakkan peraturan antarabangsa berasaskan undang-undang dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malah menyeru semua pihak agar mengamalkan sikap berhemah dalam usaha mencapai keamanan berkekalan di Asia Barat.
“Mesyuarat juga mengesahkan komitmen kedua-dua pihak untuk memajukan agenda inklusif berpaksikan keamanan, kemampanan dan kemakmuran bersama, terutamanya ketika rantau ini berdepan cabaran geopolitik yang semakin kompleks,” kata kenyataan itu lagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami