KUALA LUMPUR: Asean "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan udara junta tentera Myanmar ke atas sebuah kampung pada Selasa, yang dilapor telah mengorbankan sehingga 100 orang termasuk orang awam.
Indonesia selaku Pengerusi Asean, dalam satu kenyataan memaklumkan segala bentuk keganasan mesti ditamatkan serta-merta, khususnya kekerasan terhadap orang awam.
"Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mewujudkan dialog nasional yang inklusif demi mencari penyelesaian damai yang mampan di Myanmar," menurut satu kenyataan di dalam laman sesawang Sekretariat Asean.
Pengerusi Asean itu turut mengulangi komitmen blok 10 anggota untuk terus membantu Myanmar dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan berpanjangan melalui pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara.
Menurut laporan media, serangan udara terhadap kawasan Sagaing adalah yang paling membawa maut dalam rentetan serangan udara tentera baru-baru ini, dan telah mendapat kecaman global.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam responsnya terhadap serangan udara itu menegaskan bahawa Malaysia menentang sebarang bentuk keganasan atau layanan kasar terhadap orang awam.
"Pendirian Malaysia, kami menentang sebarang bentuk keganasan yang berlaku di Myanmar dan itu juga pendirian Asean secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Kesan pelancaran roket oleh tentera ke perbandaran Pazigyi di wilayah Sagaing pada Selasa menyebabkan lebih 100 orang awam terbunuh. - Gambar/ AP
Penggunaan AI perlu disertai sikap tanggungjawab
Datuk Seri Anwar tegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Lima penyamun 'mengganas' di Kota Tinggi ditahan
Polis merampas semula barangan samun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang, siasat semua pihak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu Jalur Gemilang dan siasatan dilakukan tanpa mengira pihak.

Pengusaha babi di Ayer Kuning beroperasi ikut SOP - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengusaha berkenaan sudah mendapat lesen mengusahakan ternakan mereka sejak sekian lama.

Audi mulakan pemasangan Audi Q7 di Pekan, Pahang
Malaysia telah dikenal pasti sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan Audi di ASEAN.

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.

Malaysia ada banyak pilihan dalam rundingan tarif dengan AS - Penganalisis
Malaysia perlu mengambil sikap berani dalam rundingan mengenai tarif dengan Amerika Syarikat.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecuali mata wang utama
Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospek rundingan dagangan Washington-Beijing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Indonesia usahakan pengiktirafan bersama sijil halal - Ahmad Zahid
Malaysia dan Indonesia sedang berusaha untuk menaiktaraf pensijilan halal kedua-dua negara agar diiktiraf kedua-dua belah pihak.

Arab Saudi dicadang bina penempatan kekal jemaah haji - Ahmad Zahid
Negara-negara ASEAN telah mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk membina penempatan kekal bagi jemaah haji di Mina.

Tarif Trump: Jangan anggap negara sesama ASEAN sebagai pesaing - Penganalisis
Negara-negara ASEAN tidak wajar bersaing dengan satu sama lain, sebaliknya perlu memanfaatkan kekuatan setiap negara dalam membangunkan ekonomi serantau.

Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam ketidaktentuan ekonomi global
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi penutupan hari ini berikutan kebimbangan baharu mengenai ketidaktentuan ekonomi global dan petunjuk bercampur-campur daripada dasar monetari AS.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak komited beri peluang sama rata untuk wanita
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bersama-sama mengiktiraf kepentingan memastikan peluang yang sama rata untuk wanita dalam pendidikan, sosial dan ekonomi.

Konvoi ASEAN Unity Drive 2025 guna Proton e-MAS 7 bakal rentas 9 negara
Satu majlis pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025 diadakan di Jakarta, sebagai simbol integrasi ASEAN, mempromosikan mobiiti hijau serta memajukan inovasi di Asia Tenggara.