DUNIA
ASEAN mahu grid tenaga terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 - Bank Dunia
Penguasaan pasaran bersama dapat meningkatkan kecekapan keseluruhan selain mengurangkan kos penjanaan di seluruh rantau.
KUALA LUMPUR: ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.
Beliau berkata inisiatif ini bertujuan mewujudkan grid yang sepenuhnya bersambung di seluruh 10 negara anggota ASEAN menjelang 2045.
Katanya ia akan membawa kepada sistem tenaga yang lebih berdaya tahan dan lestari selain membolehkan peningkatan tenaga boleh baharu (TBB), mengukuhkan keselamatan tenaga dan menyokong laluan penyahkarbonan rantau ini dengan menuju sifar karbon menjelang pertengahan abad.
"Pada hari ini, 27 tahun selepas pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN (APG) oleh menteri tenaga pada 1998, sembilan daripada 18 projek keutamaan yang dikenal pasti disiapkan dengan menyediakan kira-kira 7.7 gigawatt kapasiti merentas sempadan," katanya sewaktu pembentangan di Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF-25).
Dari perspektif ekonomi, Yussuf berkata perdagangan tenaga serantau membolehkan negara-negara dengan sumber yang banyak dan kos rendah mengeksport elektrik manakala negara lain pula mendapat manfaat daripada akses kepada bekalan tenaga mampu milik.
Penguasaan pasaran bersama, tambahnya, meningkatkan kecekapan keseluruhan selain mengurangkan kos penjanaan di seluruh rantau.
Bagi ASEAN, beliau berkata, integrasi yang lebih mendalam melalui APG boleh mencipta keuntungan ekonomi yang serupa atau lebih besar lagi selain membuka jalan menuju masa depan tenaga yang selamat dan rendah karbon.
"Keterjaminan tenaga dan keterhubungan dapat menyediakan bekalan sokongan sewaktu berdepan kekurangan tenaga. Apabila setiap negara berdepan kekurangan tenaga, anda boleh mendapatkan elektrik dari negara lain dan secara keseluruhannya, anda akan memperoleh sistem tenaga yang lebih boleh dipercayai dan berdaya tahan.
"Tiada negara yang bersendirian apabila rantau ini dihubungkan. Dari segi tenaga hijau yang kini merupakan faktor penggerak utama, sistem tenaga yang terintegrasi membolehkan peningkatan TBB yang berubah-ubah seperti solar dan angin untuk membolehkan rantau ini mencapai sasaran iklim," tambahnya.
Yussuf berkata APG kini berada di peringkat awal integrasi sementara Bank Dunia mengklasifikasikan fasa seterusnya sebagai "integrasi terhad" apabila kebanyakan negara dihubungkan.
"Perdagangan elektrik kebanyakannya melalui perjanjian pembelian tenaga dua hala seperti yang kita lihat di Laos, India dan Thailand atau Laos, India dan China apabila aliran tenaga yang kukuh bergantung kepada subkelas bermusim," katanya.
Menyentuh mengenai integrasi pasaran hijau, beliau berkata ia akan bergantung kepada lima teras utama termasuk penyelarasan dan koordinasi perancangan serta pelaburan selain infrastruktur.
Katanya, ini untuk memastikan negara-negara terlibat menyelaraskan rancangan penjanaan selain penghantaran elektrik mereka bagi pelaksanaan projek merentas sempadan yang tepat pada masa dan berkesan dari segi kos.
Beliau berkata koordinasi teknikal dan operasi juga sangat penting dengan melibatkan penyelarasan kod hijau, peraturan pengagihan dan operasi masa nyata bagi mengekalkan kestabilan grid.
Menurutnya, apa yang turut diperlukan iaitu pembangunan perjanjian komersial dan reka bentuk pasaran yang mewujudkan mekanisme harga yang adil, perdagangan selain penyelesaian bagi memastikan perdagangan tenaga boleh dilaksanakan secara kewangan.
Yussuf menekankan mengenai pentingnya warisan institusi merangkumi penubuhan rangka kerja tadbir urus dan peraturan serantau bagi membina kepercayaan, menguruskan pertikaian serta memastikan koordinasi yang berkesan.
"Bersama-sama teras ini membentuk tulang belakang yang kukuh dan blok-blok asas ini merupakan kunci dari segi infrastruktur untuk memastikan integrasi serantau dapat terlaksana," katanya.
-- BERNAMA