DUNIA
  
            ASEAN perlu mula wujudkan mekanisme penyelesaian konflik secara damai - Penganalisis
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 Oktober lalu. - Gambar Bernama
            
      KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mula mewujudkan mekanisme penyelesaian konflik secara damai tersendiri lanjutan daripada konflik sempadan Kemboja-Thailand. 
Ringkasan AI
Felo Kanan Adjung S. Pusat Pengajian Antarabangsa Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata, ketika ini ASEAN hanya mempunyai mekanisme rundingan yang longgar tanpa institusi khusus bagi menyelesaikan pertikaian sesama negara anggota.
“Setelah beberapa dekad berlalu, sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan mekanisme penyelesaian konflik kita sendiri. Sudah tentu, di bawah Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), terdapat klausa mengenai penglibatan pihak-pihak berkepentingan peringkat tinggi.
“Tetapi ia tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai sebab. Kini, dengan pengalaman daripada konflik Kemboja-Thailand, saya fikir perbincangan seterusnya di peringkat pegawai kanan dan menteri luar adalah untuk mewujudkan satu instrumen penyelesaian konflik secara damai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog ASEAN25 pada Khamis.
	
	
ASEAN perlu mula wujudkan mekanisme penyelesaian konflik secara damai - Penganalisis
Tambahnya, penubuhan awal ASEAN tidak membayangkan pertubuhan tersebut sebagai badan mediasi konflik, sebaliknya ia ditubuhkan untuk mengelakkan daripada konflik berlaku.
“Kita tidak merancang organisasi ini untuk menangani krisis atau konflik. Oleh itu, kita tidak mempunyai instrumen khusus untuk menanganinya,” ujarnya.
Namun menurutnya, kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN merealisasikan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) bagi menangani konflik sempadan Kemboja-Thailand perlu diberikan kredit yang sewajarnya.
“Saya anggap (Perjanjian Damai KL) memulihkan imej ASEAN dalam beberapa aspek. Untuk sekian lama, apabila orang menyebut tentang ASEAN, kita sering dirujuk sebagai tempat berbincang semata-mata.
“Tidak mampu mengurus hal ehwal sendiri dan sebagainya. Gencatan senjata ini adalah satu petanda bahawa ASEAN bukan sahaja mampu mengurus hal ehwalnya sendiri, tetapi juga membuktikan kepusatan ASEAN di Asia Tenggara,” jelasnya.
Dalam temu bual sama, Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara Universiti Diraja Phnom Penh, Chhay Lim pula berpandangan, pemeteraian Perjanjian Damai KL membuktikan pengaruh Amerika Syarikat (AS) di ASEAN masih diperlukan dan diterima secara umum oleh negara anggota.
“Ia (Perjanjian Damai Kuala Lumpur) mengingatkan kita bahawa ASEAN mungkin menghadapi sedikit cabaran untuk mencapai perjanjian damai bersejarah seperti ini secara bersendirian.
“Ini juga menjadi peringatan kepada negara-negara anggota ASEAN bahawa penglibatan AS di rantau ini amat dialu-alukan oleh semua negara anggota. Saya tidak fikir kita mempunyai kepercayaan penuh terhadap komitmen (AS terhadap ASEAN),” katanya.
Tambah Chhay lagi, gencatan senjata Kemboja-Thailand ini perlu terus dijadikan tumpuan ASEAN semasa kepengerusian Filipina tahun depan memandangkan ia memerlukan proses pemantauan dan pelaksanaan yang panjang untuk memastikan keamanan berkekalan dapat dicapai.
Pada 26 Oktober lalu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul memeterai Perjanjian Damai KL dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump.
Majlis penandatanganan perjanjian itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini.
	
	
Dialog ASEAN25: Power plays in ASEAN’s backyard and beyond
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
               
             
 
    
            Ringkasan AI
- ASEAN perlu membentuk mekanisme penyelesaian konflik secara damai yang tersendiri, kerana mekanisme sedia ada terlalu longgar dan tidak berinstitusi.
- Kejayaan Malaysia dalam memeterai Perjanjian Damai KL antara Kemboja dan Thailand membuktikan kemampuan ASEAN mengurus konflik dalaman.
- Penglibatan Amerika Syarikat dalam perjanjian damai menunjukkan pengaruh luar masih diperlukan, dan isu ini perlu terus diberi perhatian semasa kepengerusian Filipina.
Felo Kanan Adjung S. Pusat Pengajian Antarabangsa Rajaratnam Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata, ketika ini ASEAN hanya mempunyai mekanisme rundingan yang longgar tanpa institusi khusus bagi menyelesaikan pertikaian sesama negara anggota.
“Setelah beberapa dekad berlalu, sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan mekanisme penyelesaian konflik kita sendiri. Sudah tentu, di bawah Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), terdapat klausa mengenai penglibatan pihak-pihak berkepentingan peringkat tinggi.
“Tetapi ia tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai sebab. Kini, dengan pengalaman daripada konflik Kemboja-Thailand, saya fikir perbincangan seterusnya di peringkat pegawai kanan dan menteri luar adalah untuk mewujudkan satu instrumen penyelesaian konflik secara damai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog ASEAN25 pada Khamis.
ASEAN perlu mula wujudkan mekanisme penyelesaian konflik secara damai - Penganalisis
Tambahnya, penubuhan awal ASEAN tidak membayangkan pertubuhan tersebut sebagai badan mediasi konflik, sebaliknya ia ditubuhkan untuk mengelakkan daripada konflik berlaku.
“Kita tidak merancang organisasi ini untuk menangani krisis atau konflik. Oleh itu, kita tidak mempunyai instrumen khusus untuk menanganinya,” ujarnya.
Namun menurutnya, kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN merealisasikan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) bagi menangani konflik sempadan Kemboja-Thailand perlu diberikan kredit yang sewajarnya.
“Saya anggap (Perjanjian Damai KL) memulihkan imej ASEAN dalam beberapa aspek. Untuk sekian lama, apabila orang menyebut tentang ASEAN, kita sering dirujuk sebagai tempat berbincang semata-mata.
“Tidak mampu mengurus hal ehwal sendiri dan sebagainya. Gencatan senjata ini adalah satu petanda bahawa ASEAN bukan sahaja mampu mengurus hal ehwalnya sendiri, tetapi juga membuktikan kepusatan ASEAN di Asia Tenggara,” jelasnya.
Dalam temu bual sama, Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara Universiti Diraja Phnom Penh, Chhay Lim pula berpandangan, pemeteraian Perjanjian Damai KL membuktikan pengaruh Amerika Syarikat (AS) di ASEAN masih diperlukan dan diterima secara umum oleh negara anggota.
“Ia (Perjanjian Damai Kuala Lumpur) mengingatkan kita bahawa ASEAN mungkin menghadapi sedikit cabaran untuk mencapai perjanjian damai bersejarah seperti ini secara bersendirian.
“Ini juga menjadi peringatan kepada negara-negara anggota ASEAN bahawa penglibatan AS di rantau ini amat dialu-alukan oleh semua negara anggota. Saya tidak fikir kita mempunyai kepercayaan penuh terhadap komitmen (AS terhadap ASEAN),” katanya.
Tambah Chhay lagi, gencatan senjata Kemboja-Thailand ini perlu terus dijadikan tumpuan ASEAN semasa kepengerusian Filipina tahun depan memandangkan ia memerlukan proses pemantauan dan pelaksanaan yang panjang untuk memastikan keamanan berkekalan dapat dicapai.
Pada 26 Oktober lalu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul memeterai Perjanjian Damai KL dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump.
Majlis penandatanganan perjanjian itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini.
Dialog ASEAN25: Power plays in ASEAN’s backyard and beyond
 
            
              
    
      #Amerika Syarikat
    
  
    
      #Anutin Charnvirakul
    
  
    
      #Anwar Ibrahim
    
  
    
      #ASEAN
    
  
    
      #ASEAN25
    
  
    
      #Donald Trump
    
  
    
      #konflik sempadan
    
  
    
      #gencatan senjata
    
  
    
      #perjanjian damai
    
  
            
            
  