DUNIA
ASEAN salur stok beras kecemasan bantu mangsa gempa bumi Myanmar
Susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Myanmar pada 28 Mac, kira-kira 3,800 orang terkorban manakala hampir 5,000 lagi cedera. - Gambar fail/Bernama
PHNOM PENH: ASEAN terus menzahirkan sokongan kemanusiaannya kepada Myanmar dengan menyalurkan bekalan beras bagi memperkukuh keselamatan makanan negara Asia Tenggara itu selepas gempa bumi dahsyat yang melanda pada Mac lalu.
Ringkasan AI
Rizab Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga (APTERR), sebuah inisiatif ASEAN, berikrar membekalkan sebanyak 3,275 tan metrik (MT) beras kepada Myanmar bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk kira-kira 55 juta penduduk.
Organisasi yang berpangkalan di Bangkok itu memaklumkan bahawa di bawah perjanjian pelbagai hala, Korea Selatan menyumbang 3,000 MT beras manakala China menyumbang 275 MT.
"Myanmar sebenarnya mempunyai tahap sara diri dari segi keselamatan makanan, namun ketika bencana alam, negara ini memerlukan bantuan kemanusiaan dan simpati daripada luar.
"APTERR bekerjasama rapat dengan DOA (Jabatan Pertanian) bagi memperkukuh keselamatan makanan dan daya tahan dalam menghadapi cabaran yang semakin meningkat akibat bencana alam dan perubahan iklim," kata Pengurus Besar APTERR Dr Choomjet Karnjanakesorn kepada Bernama.
Majlis penyerahan bantuan itu berlangsung di Nay Pyi Taw pada 11 Dis.
APTERR yang diterajui ASEAN merupakan mekanisme keselamatan makanan serantau yang ditubuhkan dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN dan disokong oleh China, Jepun serta Korea Selatan, dengan matlamat mengurangkan kemiskinan dan kekurangan zat makanan di rantau ini.
Susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Myanmar pada 28 Mac, kira-kira 3,800 orang terkorban manakala hampir 5,000 lagi cedera, menurut agensi kerajaan.
Enam wilayah dan negeri yang menempatkan sekitar 28 juta penduduk iaitu Sagaing, Mandalay, Magway, Shan, Nay Pyi Taw dan Bago terjejas akibat bencana alam berkenaan.
Sejurus selepas kejadian pada Mac, APTERR menghantar 3,500 MT stok beras yang telah ditempatkan lebih awal bagi membantu Myanmar.
"Kesiapsiagaan kecemasan dan sistem amaran awal amat penting bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan terhadap bencana yang semakin kerap berlaku.
"Penduduk di Negeri Shan yang terjejas akibat gempa bumi masih belum pulih kepada kehidupan normal dan banyak kediaman masih belum dibaiki sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- ASEAN menyokong Myanmar dengan menyalurkan 3,275 tan metrik beras selepas gempa bumi dahsyat pada Mac lalu untuk memastikan bekalan makanan mencukupi bagi kira-kira 55 juta penduduk.
- Rizab Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga (APTERR) bekerjasama dengan DOA Myanmar untuk memperkukuh keselamatan makanan negara itu dalam menghadapi cabaran bencana alam dan perubahan iklim.
- Majlis penyerahan bantuan berlangsung di Nay Pyi Taw pada 11 Disember selepas gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar, menyebabkan kematian 3,800 orang serta hampir 5,000 cedera.