awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KDN tumpas gerakan militan di Malaysia, tahan 36 warga Bangladesh
MALAYSIA
Rapid KL On-Demand tambah zon baharu termasuk pusat bandar
MALAYSIA
Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

ASEAN sambut baik gencatan senjata Israel-Iran, gesa hormati perjanjian

Bernama
Bernama
27/06/2025
00:10 MYT
Sponsor Banner
ASEAN sambut baik gencatan senjata Israel-Iran, gesa hormati perjanjian
Para menteri luar menyatakan sokongan ASEAN terhadap usaha berterusan, termasuk yang diketuai PBB bagi meredakan ketegangan dan menggalakkan penglibatan secara konstruktif dalam kalangan semua pihak terlibat.
PUTRAJAYA: Menteri-menteri luar ASEAN menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Iran, sambil menggesa semua pihak mematuhi perjanjian itu dan mengelak berulangnya konflik di Timur Tengah.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, para menteri menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah sejak 13 Jun.
Gencatan senjata itu mula berkuat kuasa pada 24 Jun.
"Kami menegaskan semula kewajipan semua pihak untuk menyelesaikan perbezaan melalui cara aman serta menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kami seterusnya mengulangi kewajipan untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam dalam konflik bersenjata sebagaimana termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, para menteri menyatakan sokongan ASEAN terhadap usaha berterusan, termasuk yang diketuai PBB bagi meredakan ketegangan dan menggalakkan penglibatan secara konstruktif dalam kalangan semua pihak terlibat.
"Kami turut menegaskan semula komitmen bersama kami untuk menyediakan bantuan kecemasan kepada warga ASEAN selaras dengan Deklarasi ASEAN mengenai Garis Panduan Bantuan Konsular oleh Misi Negara Anggota ASEAN di Negara Ketiga kepada Rakyat Negara Anggota ASEAN yang Lain.
"Ini termasuk Garis Panduan bagi Penyediaan Bantuan Kecemasan oleh Misi ASEAN di Negara Ketiga kepada Rakyat Negara Anggota ASEAN dalam Situasi Krisis," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#ASEAN
#Menteri Luar
#konflik Israel-Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami