ASEAN25: Jangan berpihak, bertindak sendirian, pesan Presiden Timor-Leste

Ramos-Horta mengingatkan ASEAN jangan berpecah atau berpihak kepada kuasa besar. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta menasihatkan negara-negara anggota ASEAN agar tidak bertindak sendirian dan berpihak dalam persaingan antara kuasa-kuasa besar.
Ringkasan AI
- Ramos-Horta menasihatkan negara ASEAN kekalkan kesatuan dan elak berpihak dalam persaingan kuasa besar.Beliau memberi amaran tindakan sendirian dalam isu seperti Laut China Selatan boleh memusnahkan ASEAN.Timor-Leste diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN pada 26 Oktober selepas proses sejak 2011.
“Nasihat saya kepada semua pemimpin ASEAN, kekalkan kesatuan ASEAN. Jangan tenggelam dalam perangkap berpihak kepada kuasa-kuasa besar bertelagah. Jangan bergerak sendirian dalam isu berkepentingan untuk semua negara-negara anggota ASEAN.
“Contohnya isu Laut China Selatan. Satu negara yang bertindak sendirian atau merasakan tidak ada sebarang kebertanggungjawaban kepada negara anggota lain akan menjadi permulaan kepada kemusnahan ASEAN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
ASEAN25: Jangan berpihak, bertindak sendirian, pesan Presiden Timor-Leste
Timor-Leste secara rasmi memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011. Pada 2022, ketua-ketua negara ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota, dengan memberikan status pemerhati dalam mesyuarat ASEAN. Langkah ini diikuti dengan penggubalan Pelan Tindakan Keanggotaan Penuh Timor-Leste pada 2023, yang menjadi panduan persiapan negara itu memenuhi kriteria keanggotaan ASEAN, termasuk pematuhan kepada instrumen-instrumen berkaitan.
Pada 26 Oktober lalu, pemimpin negara-negara anggota ASEAN menandatangani dokumen penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok negara-negara asia tenggara itu. Ia menandakan penambahan negara anggota pertama sejak 1999.
ASEAN25: Jangan berpihak, bertindak sendirian, pesan Presiden Timor-Leste

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

