INTERNATIONAL
ASEAN25: Kerjasama terus utuh, rapatkan jurang pembangunan - Marcos
Menurut Ferdinand Marcos Jr, inisiatif bersama dalam sektor keterhubungan, perdagangan dan pemudahcara pelaburan mengukuhkan komitmen dalam usaha merapatkan jurang pembangunan dalam sub-wilayah ASEAN. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Keutuhan kerjasama ASEAN membuktikan pencapaian luar biasa sepanjang lapan tahun pelaksanaan Visi Asean 2025 sekali gus memberi manfaat lebih jelas kepada rakyat serantau.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr berkata, inisiatif bersama dalam sektor keterhubungan, perdagangan dan pemudahcara pelaburan mengukuhkan komitmen dalam usaha merapatkan jurang pembangunan dalam sub-wilayah ASEAN.
“Sejak 2017, (Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina), kerjasama kita semakin kukuh, dan perkongsian kita telah memberikan manfaat tahunan kepada rakyat kita.
“Bersama-sama, kita telah meletakkan asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan inklusif, lestari dan berasaskan inovasi.
“Saya yakin bahawa melalui kerjasama ini, kita (ASEAN) akan terus mengubah aspirasi yang kita pegang untuk terus hasilkan impak yang berkekalan untuk rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sidang Kemuncak Ke-16 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMP - EAGA), di sini, pada Selasa.
Dalam masa sama, Marcos juga mengajak seluruh anggota ASEAN mengambil peluang dalam pertemuan pada sidang kemuncak kali ini untuk meraikan pencapaian dan memperkuatkan hala tuju visi di masa akan datang
“Dalam persidangan kita hari ini, mari kita mengambil peluang ini bukan sahaja untuk meraikan pencapaian ini, tetapi juga untuk memperkuatkan visi bersama kita agar lebih bersepadu, makmur dan berdaya tahan.
“Ini kerana, menuju ke hadapan menuntut sinergi yang lebih besar, inovasi dan keazaman politik,” katanya.
Ketika ini, Filipina giat menjalankan persiapan rapi bagi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun hadapan, sebagai langkah meneruskan legasi kepimpinan dibina Malaysia.
Semalam, Setiausaha Rendah Hal Ehwal Dua Hala dan ASEAN, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theressa P. Lazaro berkata, negaranya akan meneruskan momentum dan membina pencapaian yang telah dicapai Malaysia sepanjang tempoh pengerusian ini.
“Menjadi Pengerusi ASEAN tahun hadapan adalah agenda penting Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. Kami mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan kepengerusian setakat ini,” ujarnya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini