DUNIA
Asfura angkat sumpah Presiden Honduras, fokus selesai masalah rakyat
Asfura akan berkhidmat sehingga Januari 2030 dengan fokus memerangi kemiskinan, rasuah dan jenayah dalam usaha mengangkat kembali Honduras sebagai sebuah negara yang lebih stabil dan sejahtera. - Gambar Reuters
TEGUCIGALPA: Ahli politik parti konservatif dan ahli perniagaan, Nasry Asfura mengangkat sumpah sebagai Presiden Honduras dengan berikrar memimpin secara rendah hati dan memberi tumpuan menyelesaikan masalah negara selepas pilihan raya sengit yang dibayangi dakwaan penipuan dan campur tangan Amerika Syarikat (AS).
Dalam ucapan sulungnya, Asfura menegaskan, pentadbirannya akan bergerak tanpa perpecahan atau penghinaan sambil menekankan keperluan untuk segera menangani masalah rakyat tanpa berlengah.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyokongnya atas komitmen mereka dalam memperjuangkan masa depan Honduras, sambil menyatakan keyakinan bahawa empat tahun pentadbirannya akan membuktikan usaha bersama rakyat.
"Terima kasih atas usaha hebat itu, kerja keras itu, dan kasih sayang yang tidak mengenal penat lelah dalam mencari yang terbaik untuk Honduras yang kita sayangi.
"Saya yakin bahawa dalam tempoh empat tahun ini kita akan membuktikannya bersama, jangan ragu. Saya berasa bangga dengan setiap seorang daripada anda," katanya.
Asfura juga menolak pendekatan politik berasaskan dendam dan kebencian, sambil menegaskan bahawa rakyat Honduras mahukan keamanan serta kemakmuran, perkara yang akan menjadi tumpuan utama pentadbirannya.
"Tidak lagi perpecahan. Kita tidak akan maju dengan penghinaan, dendam atau kebencian. Itu tidak boleh berlaku. Rakyat Honduras mahukan keamanan dan kemakmuran. Itulah yang akan kita fokuskan dengan usaha, jiwa dan hati untuk merealisasikannya," katanya.
Asfura akan berkhidmat sehingga Januari 2030 dengan fokus memerangi kemiskinan, rasuah dan jenayah dalam usaha mengangkat kembali Honduras sebagai sebuah negara yang lebih stabil dan sejahtera