awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asia Tenggara dilanda 44 bencana besar minggu lalu - AHA Centre

Bernama
Bernama
20/05/2025
09:04 MYT
Asia Tenggara dilanda 44 bencana besar minggu lalu - AHA Centre
AHA Centre memaklumkan hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Mindanao pada 15 Mei disebabkan oleh zon penumpuan antara tropika - Gambar hiasan/Adobe Stock
JAKARTA: Asia Tenggara mengalami 44 kejadian bencana besar minggu lalu termasuk banjir, tanah runtuh dan angin kencang yang melibatkan Indonesia, Filipina dan Thailand, menurut Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre).
Di Indonesia, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan kesan meluas di beberapa wilayah termasuk Jawa Timur, Kalimantan Timur, Sumatera Utara, Sulawesi Selatan dan Barat, Nusa Tenggara Timur, Banten, Kalimantan Utara dan Tengah, Jawa Tengah dan Barat, Jakarta serta Papua Barat.
Di Thailand, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana mengesahkan kejadian banjir di daerah Ban Rai, wilayah Uthai Thani, menurut laporan mingguan AHA Centre.
Sementara itu, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina melaporkan kejadian banjir dan tanah runtuh di Mindanao Utara, Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM), dan Wilayah XII.
Menurut NDRRMC, satu kematian direkodkan dan kira-kira 79,600 penduduk terjejas di Lanao del Norte, Misamis Oriental, Maguindanao Selatan dan Cotabato.
AHA Centre memaklumkan hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Mindanao pada 15 Mei disebabkan oleh zon penumpuan antara tropika (inter-tropical convergence zone).
Di Myanmar, jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter berhampiran Mandalay pada 28 Mac meningkat kepada 3,727 orang, dengan 81 masih hilang manakala lebih 5,100 cedera, menurut Jabatan Pengurusan Bencana pada 18 Mei.
"Gempa bumi itu menjejaskan hampir 508,000 orang, dengan lebih 28,500 ditempatkan di 106 pusat pemindahan dan lebih 266,000 tinggal bersama saudara-mara," menurut AHA Centre.
Penilaian kerosakan mendapati sebanyak 11,600 rumah musnah sepenuhnya dan 39,600 lagi mengalami kerosakan, manakala ribuan sekolah, hospital, pejabat kerajaan, jambatan dan jalan raya turut rosak.
Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion dan pihak berkuasa masih menjalankan pengesahan lanjut terhadap angka itu.
Selain itu, lima gempa bumi kuat melebihi 5.0 pada skala Richter turut direkodkan, manakala aktiviti gunung berapi dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di Indonesia dan Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#bencana alam
#banjir
#tanah runtuh
#angin kencang
#AHA Centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan