Assad bertemu Putin di Moscow

Astro Awani
Oktober 21, 2015 23:30 MYT
Pertemuan memberi tumpuan kepada usaha melanjutkan tempoh operasi ketenteraan di Syria bertujuan membanteras kumpulan pemberontak. - Foto REUTERS/Alexei Druzhinin/RIA Novosti/Kremlin
Presiden Syria Bashar Assad dilaporkan berada di Moscow bagi bertemu sekutu rapatnya dari Presiden Rusia Vladimir Putin.
Ini merupakan kunjungan pertama Bashar ke luar negara sejak perang saudara tercetus di Syria pada 2011.
Menerusi laman Facebook rasmi pejabat Presiden Syria, pertemuan Assad dan rakan sejawatannya itu berlangsung pada Selasa.
Pertemuan antara lain memberi tumpuan kepada usaha melanjutkan tempoh operasi ketenteraan Rusia di Syria.
Operasi bertujuan membanteras kumpulan pemberontak yang dianggap penghalang utama kestabilan politik di Syria.
#Bashar Assad #Moscow #Rusia #Syria #Vladimir Putin